Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, November 17, 2011

Ada 59 aduan salah laku SPRM tapi tiada satu pun didakwa



KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri mengakui terdapat 59 laporan polis dibuat antara 2005 hingga 2009 terhadap pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan salah laku dan penganiayaan.
Daripada 59 laporan polis itu, masih disiasat (23), menunggu arahan Pejabat Peguam Negara (29) dan tujuh lagi ditandakan sebagai tiada tindakan lanjut.
Perkara ini dinyatakan Kementerian Dalam Negeri dalam jawapan bertulisnya kepada Gobind Singh Deo (DAP-Puchong).

Mengikut MalaysiaKini, Gobind Singh melahirkan kebimbangannya kerana tiada satupun pendakwaan dibuat daripada 59 laporan polis itu.
“Bukankah ganjil jika tiada satu pun daripada 59 laporan berkenaan menyaksikan sebarang pendakwaan di mahkamah?” soal Gobind.
Menurut beliau, kes sedemikian menonjol sebelum kematian Teoh Beng Hock lagi dan ia menimbulkan desakan supaya prosedur SPRM diperketat.


KD


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive