Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, November 18, 2011

SOS BAHAYA : KERAJAAN BIARKAN IA DIJUAL

Ujian makmal ke atas sos cili yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) mendapati tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan dalam Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.



Ini sesuatu serius kerana barangan makanan yang dijual kepada umum didapati membahayakan rakyat. Kita hairan bagaimana Kementerian Kesihatan terlepas pandang terhadap perkara ini sedangkan kita tahu semua barangan makanan yang hendak dijual kepada umum mesti mendapat kelulusan dari kementerian. Ini sesuatu yang serius yang tidak boleh dipandang ringan.



Sebagai sebahagian dari rakyat Malaysia, kita semua menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap pengilang dan penjual produk ini yang telah mendedahkan rakyat kepada bahaya. Semua sos ini mesti diharamkan dari dijual kepada umum.



Dalam laporan draf penyelidikan perbandingan produk yang diperolehi oleh Malaysiakini, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) mendapati 3.64ppm plumbum dan 0.08ppm raksa atau merkuri dalam sos cili 1Malaysia.



Sedangkan, tahap yang dibenarkan untuk sos cili adalah 2ppm bagi plumbun manakala 0.05ppm untuk raksa.



Laporan itu membandingkan sos cili jenama 1Malaysia dengan tiga jenama lain, iaitu Tesco Value, Life dan Lingham. Semua jenama berkenaan didapati mematuhi had yang ditetapkan, malah kadar mereka juga jauh lebih rendah daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.



Ujian bagi produk berkenaan dijalankan oleh Unipeq Sdn Bhd, sebuah syarikat yang ditauliahkan di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) oleh Jabatan Standard Malaysia.



Blog ini menggesa kerajaan mengambil tindakan berikut dengan serta merta :-



1) Mengharamkan sos berkaitan dari dijual serta merta



2) Rakyat mesti berhenti serta merta dari memakan sos  ini kerana ianya membahayakan kesihatan



3) Syarikat terbabit mesti membayar ganti rugi kepada semua pengguna yang telah memakan sos ini



4) Menyiasat kilang sos ini kerana dikhuatiri ada sos yang dihasilkan oleh kilang ini menggunakan jenama yang berlainan dijual di pasaran.



5) Pengguna dicadangkan mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat ini kerana sengaja mengabaikan kesihatan rakyat



6) Menteri Kesihatan dan Kementerian Hal Ehwal Pengguna mesti memberikan penjelasan mengapa kedai ini dibenarkan menjual sos jenama yang berbahaya ini.



Sumber : Malaysiakini


Gambar ihsan : superbs.blogspot.com



mutaligat



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive