Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, November 10, 2011

SEKS HANYA KEWAJIPAN BUAT ISTERI?



Kehidupan seksual suami isteri sangatlah berpengaruh dalam kehidupan rumah tangga mereka. Namun satu kajian yang dilakukan oleh laman Healthy Women mendapati bahawa sekitar 66 peratus perempuan melakukan aktiviti seksual hanya sekali dalam seminggu, atau bahkan kurang dari itu. Yang lebih parah, hal yang mendasari aktiviti seksual ini bukanlah hasrat seksual, melainkan lebih kerana dorongan kewajipan sebagai isteri.

Apa sebenarnya yang membuat berkurangnya gairah bercinta ini?

Menurut penelitian laman tersebut, padatnya aktiviti dan berkurangnya waktu yang menjadi alasan. "Ini seperti trend yang berkembang pada perempuan, di mana hubungan seks hanya dilakukan semata-mata demi kewajipan, bukan sebagai gairah alami dan untuk kenikmatan. Para perempuan yang dikaji menyatakan waktu yang hanya 24 jam dalam sehari tidak cukup untuk melakukan banyak hal penting, sehingga seks bukanlah keutamaan yang harus dilakukan," kata psikiater Naomi Greenblatt, MD.

Hubungan seks sebenarnya bukan sekadar aktiviti memuaskan hasrat seksual, kerana sebenarnya ada beberapa manfaat kesihatan yang dapat diambil dari kehidupan seks yang aktif. Aktiviti seks yang teratur dapat menurunkan tekanan atau stres, memperkuat otot pinggul, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, dan membakar kalori.

"Perempuan yang bercinta minima empat kali dalam seminggu bisa membuat wajah mereka kelihatan 10 tahun lebih muda berbanding usia yang sebenarnya," kata Dr Greenblatt.

Dengan semua manfaat kecantikan dan kesegaran tersebut, mengapa para perempuan masih merasa "terpaksa" melakukan hubungan seksual, dan hanya menjadikannya kewajipan untuk "melayani suami"? Bagi mereka, permasalahan utamanya adalah kerana tiada waktu. Seks mungkin ideal untuk menciptakan hubungan yang harmonis antara suami dan isteri, namun sekarang ini seks bukanlah realiti yang penting dibandingkan dengan bekerja dan melakukan aktiviti sosial lainnya.

Banyak perempuan yang masih beranggapan bahawa bercinta hanya boleh dilakukan di kamar dan dengan suasana yang hening serta romantis, sehingga akan memerlukan banyak waktu dan hanya boleh dilakukan di waktu lapang. Padahal kenyataannya tidak demikian. Mengapa tidak mencuba 'morning sex', ketika tubuh anda masih terasa segar bugar? Anda juga boleh mencuri-curi waktu saat liburan bersama anak-anak untuk 'quickie sex'.

Pendek kata, kalau mau usaha, sebenarnya anda boleh melakukan hubungan seks lebih kerap, dan lebih menyenangkan!

Sumber: Your Tango


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive