Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, November 22, 2011

Kondom bertaburan di taman

LIMBONG KAPAL - Longgokan kondom di sebuah kawasan rekreasi di sini menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada masyarakat setempat mengenai kawasan yang dibina untuk kegunaan keluarga.Tinjauan Sinar Harian mendapati, kondom yang telah digunakan bertaburan di kawasan rekreasi itu terutama berhampiran pondok rehat yang dibina.Keadaan kawasan yang tidak terurus dan dipenuhi lalang, mungkin menjadi punca mengapa kawasan itu dijadikan tempat untuk mereka melakukan maksiat.Pengunjung, Hussain Rahmat, 34, berkata, kawasan rekreasi berhampiran Sungai Kedah itu seharusnya dijaga baik kerana ia turut dijadikan kawasan memancing.Namun, katanya, apabila kawasan itu dipenuhi dengan kondom dan botol arak, ia akan menyebabkan pengunjung berasa jijik untuk berkunjung apatah lagi membawa keluarga.“Saya juga berasa pelik bagaimana mereka yang tidak bertanggungjawab boleh menjadikan kawasan terbuka ini untuk melampiaskan nafsu.“Kadang-kadang saya lihat ada cermin muka, sikat dan bedak, seolah-olah ada pihak yang menggunakan tempat ini untuk melakukan maksiat,” katanya.Hussain berkata, sekiranya tiada tindakan untuk membersihkan kawasan itu, dia bimbang tempat tersebut menjadi sarang maksiat terutama pada waktu malam.Menurutnya, kawasan terbabit yang agak sunyi dan terselindung daripada pandangan awam akan menyebabkan golongan berkenaan mudah menjalankan kegiatan sedemikian.Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Limbong Kapal, Ismail Osman berkata, pihaknya sudah membuat permohonan untuk memasang lampu di kawasan terbabit sejak tiga tahun lalu namun masih belum ada tindakan.“Kawasan ini menjadi tempat persinggahan bukan sahaja dalam kalangan mereka yang bercinta, malah ada yang melakukan maksiat dengan gadis ataupun wanita yang dilanggan.“Apabila terdapat rondaan daripada penduduk ataupun pihak berkuasa, mereka menghentikan seketika kegiatan tersebut dan selang beberapa hari, aktif semula,” katanya.Ismail berkata, langkah segera perlu diambil bagi menangani kegiatan yang tidak sihat itu, sekali gus mencantikkan kawasan rekreasi yang dibina.SH
Published with Blogger-droid v1.7.4

1 ulasan:

  1. Yob, kot Datuk2 pun buat keroje haram, ini pulok anak cucu. Lampu tak guna. Yang berguna hudud je.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive