Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Januari 09, 2012

ANWAR BEBAS,RAKYAT MENANG


Datuk seri Anwar Ibrahim bersama penyokongnya selepas keluar daripada mahkamah pagi tadi.

Suasana di perkarangan Medan Selera Duta ketika rakyat meraikan kemenangan semua.Kini orang ramai telah pun bersurai.Walaupun terdapat 3 letupan di kawasan berhampiran (lihat asap di dalam gambar) namun suasana terkawal.Polis juga kautim hari ni...tq polis. TAKBIR!!!


Salah seorang mangsa letupan.Dua orang dipercayai tercedera akibat letupan sebelum ini.Angkara siapa ni beb?


KUALA LUMPUR, 9 JAN :Mahkamah Tinggi hari ini membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mendapati Anwar tidak bersalah di atas tuduhan itu di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

"Mahkamah tidak boleh 100% jamin integriti bekas yang simpan DNA," kata Hakim Zabidin, dan menambah "Oleh itu mahkamah tidak boleh bergantung kepada bukti air mani."

"Mahkamah hanya ada keterangan Saiful (saksi pertama). Mahkamah tidak boleh sabit kepada keterangan saksi pertama sahaja. Oleh itu, tertuduh dibebaskan," katanya lagi.

Anwar dan Pakatan Rakyat menganggap tuduhan itu sebagai konspirasi oleh Barisan Nasional untuk menamatkan karier politiknya setelah Pakatan menakluk lima negeri dalam pilihanraya Mac 2008.

Kes ini membuka tirai sejak laporan polis yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari pada 28 Jun 2008 dan pertuduhan dibacakan di Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada 7 Ogos 2008.

Perbicaraan kes yang mengambil masa hampir tiga tahun di tutup pada 15 Disember 2011.

Perbicaraan kes berprofil tinggi ini dikendalikan oleh hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Pihak pendakwaraya diketuai oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden sementara Peguam Bela diketuai oleh Karpal Singh.

Anwar di tuduh di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan luar tabii di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Seksyen tersebut memperuntukan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika didapati bersalah.

Published with Blogger-droid v1.7.4


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

2 ulasan:

  1. semoga terungkai semua persoalan,
    semoga ini yang terbaik untuk semuanya :)

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama9/1/12 8:05 PTG

    Masalah DNA menjatuhkan/menglahkan pihak pendakwaan. Ternyata sistem kehakiman masih boleh di percayai dan bebas. Apa pendapat anda

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive