Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

Kasi like saja apa ada hal...

Biaqpila on Facebook
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Januari 14, 2012

LAWAK LA NAJIB NAK TOLONG RAKYAT SELANGOR,RAKYAT NEGERI SENDIRI PUN MENDERITA




NAMPAKNYA Najib terlupa bahawa Selangor suatu ketika pernah ditadbir
oleh Umno/Bn selama berpuluh tahun dan pada ketika itu rakyat di
Selangor menderita di bawah Umno/Bn walaupun Selangor adalah negeri yang
terkaya.  Apabila kehilangan kuasa pada tahun 2008, sekarang barulah
Najib tersedar dari lamunan bahawa selama ini Selangor terabai berpuluh
tahun dahulu.




Beliau berkunjung ke Selangor semalam, maka seperti biasa cuba untuk
memperbodohkan lagi rakyat di negeri tersebut.  Najib berjanji untuk
meringankan masalah peniaga Melayu yang menyewa lot kedai di Kompleks
PKNS di Shah Alam, jika BN mengambil alih kerajaan negeri itu dalam
pilihan raya umum akan datang.



 




Mahu tolong rakyat Selangor?  Rakyat Pahang apa macam, bro?



 



Najib berucap isu apa di Selangor?  Tiada isu yang Najib boleh
perlekehkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.  Beliau bercakap
tentang masalah sampah yang sering dimainkan oleh media seperti TV 3. 
Amat memalukan sebagai seorang PM, Najib membawa isu sampah.  Selain
dari itu isu apa?  Tiada samasekali melainkan berjanji dan terus
berjanji.  Kononnya mahu meringankan beban para peniaga.  Mengapa tidak
dilaksanakan di negeri-negeri yang Umno/Bn perintah sekarang?  Di Pahang
contohnya, adakah para peniaga hidup senang lenang dan terlalu murah
harga menyewa lot kedai?  




"Wahai Najib, kau jangan temberang la....Tolong rakyat aku kat Pahang ni dulu beb....."



 



Di Pahang, sudahlah harga sewa lot kedai mahal, terpaksa pula menanggung
bil air yang tinggi.  Adakah air percuma 20 Liter Padu di Pahang
seperti di Selangor?  Ertinya, di negeri beliau sendiri pun Najib tidak
mampu bantu, adakah rakyat Selangor boleh harap anak jati Pahang ini
mahu membantu rakyat Selangor?  Eloklah Najib balik ke Pahang dahulu dan
arahkan Nan Yaakob buat seperti yang beliau janjikan di Selangor.  


 


Paling utama, suruh Nan Yaakob beri air percuma seperti di Selangor. 
Itu belum dikira pemberian saham RM100 setahun kepada anak-anak yang
lahir di Selangor.  Nan Yaakob mampu buatkah?







Kepada rakyat Selangor, anda datang ke Pahang dan bertanya rakyat Pahang
apakah yang rakyat Pahang dapat dari Nan Yaakob dan bandingkan dengan
apa yang anda dapat di Selangor.  Nescaya jauh bezanya umpama langit dan
bumi.  Maka, releven kah janji Najib kepada rakyat Selangor kalau di
negerinya sendiri rakyat menderita? Fikir-fikirkanlah, jangan menjadi
bodoh terlampau./wfauzdin.blogspot.com
















 

atsixty-zakriali

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive