Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Januari 20, 2012

Menyamar Sebagai Lelaki Untuk Meraba Gadis


AUSTRALIA – Seorang gadis yang berusia 19 tahun telah menyamar sebagai remaja ‘lelaki’ dengan tiga identiti yang berbeza dengan tujuan untuk meraba-raba rakan perempuannya.

Gemma Barker yang melakukan penyamaran terbabit memakai baju seperti lelaki dan bertopi untuk memperdayakan dua orang gadis yang berumur 15 dan 16 tahun.

Anehnya, dua orang gadis tersebut terlalu percayakan Gemma dan terpedaya dengan profil diri yang ditunjukkan Gemma di laman sosial Facebook palsu miliknya.

Menurut laporan dari The Sun, Mahkamah Guildford Crown telah menyatakan pertuduhan terhadap Gemma di mana dia telah melakukan ‘hubungan cinta’ dengan gadis-gadis terbabit selama enam bulan termasuklah melakukan aksi cium, mendukung dan meraba.

Gemma telah diperkenalkan kepada ibu bapa dari salah seorang gadis terbabit namun, ibu bapa gadis tersebut juga tertipu dengan penyamarannya walaupun pernah berjumpa sebelum itu.

Bagaimanapun, penipuan Gemma berjaya dihidu oleh ‘kekasih-kekasihnya’ yang mengesyaki dia mempunyai identiti diri yang berbeza.

Aktiviti Gemma berjaya dikesan apabila dia mendakwa dirinya sebagai pelakon dan memuat naik gambarnya yang diambil bersama bintang ternama, Hollyoaks dan Kieron Richardson dan ditangkap oleh polis ketika sedang leka ‘berlakon’ seperti seorang pemuda.

‘Kekasih-kekasih’ Gemma terkejut apabila identiti sebenar ‘teman lelaki’ mereka terbongkar sewaktu diperiksa dan pakaian ditanggalkan oleh pihak polis di penjara dan mendapati dia adalah perempuan.

“Dia menyamar sebagai lelaki berusia 16 tahun hanya semata-mata untuk mempunyai hubungan seks dengan temannya,” kata Pendakwa raya Ruby Selva.

Barker atau nama penyamarannya, Staines dan Surrey telah memberikan alamat emel dan nombor telefon bimbitnya kepada mangsa dan berusaha menyembunyikan identiti sewaktu di awal perkenalan.

Sementara itu, Gemma mengaku dengan tuduhan melakukan serangan seksual dan penipuan serta dalam proses menunggu keputusan psikologinya keluar dan akan dikenakan hukuman dua tahun penjara jika disabitkan kesalahan.

Hakim Peter Moss menyifatkan perlakuan Gemma ini sebagai kerja ‘gila’ dan ‘bahaya’.

mynewshub


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive