Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

Kasi like saja apa ada hal...

Biaqpila on Facebook
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Januari 27, 2012

BN HANYA AKAN MENANG DI 5 BUAH NEGERI PADA PRU 13

MAKLUMAT terbaru yang dipetik dari unit risikan Majlis Tertinggi Umno menyatakan bahawa BN hanya akan menang di lima buah negeri sekiranya pilihanraya umum ke 13 diadakan sekitar Mac hingga Jun tahun ini.Justeru itu, bagi meningkatkan kembali sokongan terhadap mereka, sumber itu juga turut menyatakan pilihanraya umum sudah pasti akan diadakan pada bulan Disember tahun ini.Lima negeri tersebut adalah Sarawak, Sabah, Pahang, Terengganu dan Johor.Manakala lain-lain negeri akan menyaksikan pertarungan sengit seperti Perak, Selangor, Kedah, Negeri Sembilan dan Perlis.

Adalah dipercayai, maklumat ini adalah berdasarkan hasil kajian yang dilakukan oleh unit khas yang dilantik selain daripada maklumat risikan polis dan tentera sepanjang November hingga Disember tahun lalu.Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dikhabarkan sudah memanggil kembali surat arahan pengosongan premis milik kerajaan seperti sekolah, balai raya dan dewan orang ramai yang dihantar akhir Disember tahun lalu.

Antara faktor yang menyebabkan pembubaran parlimen tidak diadakan pada bulan Mac seperti ramalan sesetengah pihak adalah kerana isu skandal Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC)yang kini masih dalam siasatan pihak berkuasa terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selain dari senarai calon pilihanraya yang masih belum dikemukakan kepada ibu pejabat Umno di PWTC.

Penangguhan rayuan kes fitnah liwat Anwar Ibrahim sehingga tiga bulan juga dikatakan antara faktor utama kerana pembebasan Anwar dilihat mampu mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat setelah isu pemecatan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali kini selesai.Najib selaku Perdana Menteri rejim telah dimaklumkan perkara ini dan meminta Umno mengemukakan laporan segera kepada ibu pejabat tentang langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengembalikan semula sokongan yangterus merosot di sebalik pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sedang dalam proses pengagehan.

Negeri-negeri yang menjadi tumpuan seperti Selangor dan Perak sudah diarahkan supaya mengadakan program lebih kerap termasuk turun padang setiap dua minggu sebagai langkah susulan meningkatkan lagi tahap penerimaan rakyat terutama di kawasan bandar dan pinggir bandar yang memihak Pakatan Rakyat.Menurut laporan itu lagi, jentera pilihanraya sudah diminta supayabekerjasama dengan SPR bagi menambah senarai daftar pengundi termasuk memasukkan sekali nama isteri anggota penjawat awam seperti polis dan tentera sebagai pengundi pos bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Kelantan dan Pulau Pinang sudah dianggap gagal kerana laporan tersebut juga menyebut aliran sokongan kekaltidak berubah dengan negeri pimpinan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dijangka memperolehi kerusi hampir sama seperti pilihanraya umum Mac 2008 lalu.Pulau Pinang pula kekal milik Pakatan Rakyat dengan dijangka penurunan sedikit majoriti undi di beberapa kawasan parlimen 'panas' seperti Bukit Gelugor, Nibong Tebal, Bukit Mertajam dan Kepala Batas.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng dijangka tidak menghadapi masalah mempetahankan kerusi parlimen Bagan selain kekal memegang kerusi DUN Air Putih dengan sedikit penurunan majoriti tetapi masih dalam keadaan selamat.Perak dijangka kembali kepada Pakatan Rakyat dengan mandat lebih besar berbanding pilihanraya umum Mac 2008, dengan menyaksikan pertambahan kerusi DUN daripada 31 pada empat tahun lalu kepada 37 kerusi, selain berupaya menguasai 13 kerusi parlimen daripada 23 kerusi yang terdapat di negeri tersebut. - SUMBER
Published with Blogger-droid v1.7.4
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive