
"Kertas siasatan dipulangkan kepada polis pada Selasa lalu," katanya.
Adalah menjadi kelaziman bagi Pejabat Peguam Negara memulangkan semula kertas siasatan kepada polis, walaupun sehingga berulang kali, jika tidak berpuas hati dengan laporan yang dikemukakan sebelum memutuskan sama ada untuk membuat dakwaan.
Pihak polis telah menyerahkan kertas siasatan mereka kepada Jabatan Peguam Negara awal minggu ini.
Isnin lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan mengumumkan siasatan polis lengkap selepas mengambil 54 keterangan, termasuk daripada kakitangan NFC.
Kes berkenaan pada mulanya disiasat mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan atas tuduhan jenayah pecah amanah. Namun Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar pada 30 November lalu berkata siasatan awal menunjukkan tiada unsur pecah amanah.
Sementara itu, pada hujung minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula mengumumkan bahawa semua aset NFC dibekukan.
MK
KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK