Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Januari 22, 2012

Selamat Tahun Baru Cina: Selamatkan negara dari bankrap


Antara keunikan utama dan menambah warna budaya Malaysia ialah kepelbagaian kaum. Hari ini rakan-rakan kita dari kaum Tionghua akan menyambut Tahun Baru Cina 2012 dengan lambang (tahun) Naga Air.

Wujudnya hari besar dalam kehidupan kita sebagai platform untuk bertemu mata dengan kaum keluarga dan merapatkan hubungan setelah setahun terpisah lantaran sibuk dengan urusan kehidupan masing-masing.

Keceriaan kaum wanita dan pendekatan serta persiapan mereka dengan pakaian dan makanan jelas menambah perisa Tahun Baru yang akan diraikan.

Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) ingin melebarkan ucapan Tahun Baru Cina terutama kepada wanita dan keluarga mereka moga tahun mendatang ini akan membawa “kekayaan” dan kecemerlangan hidup buat semua. Semua rakyat Malaysia berkongsi rasa gembira bila kaum Tionghua dapat menikmati Tahun Baru di seluruh negara dengan penuh ceria.

Maka sudah tentu keceriaan ini disumbangkan oleh pelbagai faktor termasuklah politik dan ekonomi.Sebarang kenaikan harga barang yang tidak wajar dan berterusan sudah pasti akan memenatkan dan merencatkan persediaan keluarga untuk menyambut Tahun Baru Cina dan selepas perayaan Tahun Baru Cina yang masih berbaki 363 hari.

Keperluan pendidikan, perumahan, makanan serta kegunaan harian adalah antara isu penting untuk diutarakan sebagai bahan dalam majlis YEE SANG dan sudah pasti hidangan Buku Jingga,Buku Hijau Negara Berkebajikan dan Tawaran Jingga dari Pakatan Rakyat untuk Malaysia akan menghangat dan melazatkan lagi juadah makan bersama wanita dan keluarga.

PAS menerusi Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bersedia untuk membantu rakyat kaum Tionghua untuk menyuarakan hasrat dan citra mereka melalui pilihan raya.

Kemajuan demokrasi politik dan negara akan ditentukan rakyat kita melalui bilik mengundi dengan semua warganegara semua kaum semua peringkat umur mendaftar sebagai pengundi dan TURUN mengundi Pakatan Rakyat.

Pesanan dan gesaan serta persediaan untuk balik mengundi bersama rakan dari tempat kerja ke rumah masing-masing semasa Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13) nanti. Kepulangan dan komitmen mereka kepada Pakatan Rakyat sama penting dengan duit yang mereka bawa balik kerana nilai RM ditentukan oleh kestabilan politik negara.

Kita perlu menyelamatkan negara ini dari bankrap kalau masih dipegang oleh BN kerana inilah kenyataan dan rekod BN.

Sebagai wanita yang dihargai oleh keluarga dan berpendidikan, pendapat kita dirujuk dan dikira dalam urusan pentadbiran rumahtangga kerana kita rakan kongsi dan pentadbir rumah dan keluarga.

Oleh itu sebagai ibu, isteri,nenek, anak perempuan , adik dan kakak yang saban hari terdedah kepada jenayah ragut, rogol dan rompak termasuk dalam rumah kita wajib menyuarakan hak kita untuk memastikan keselamatan kita oleh pemimpin negara menerusi kertas umndi.

Jumlah 52.3% kemasukan pelaburan asing (FDI) ke 4 negeri Pakatan Rakyat berbanding 47.7 % sahaja FDI ke 9 negeri yang diperintah oleh BN dalam tempoh 2008 hingga 2011 sahaja jelas menunjukkan keyakinan pelabur luar negara kepada ketelusan dan integriti pimpinan Pakatan Rakyat mentadbir negeri Pakatan Rakyat.

Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Kelantan perlu diperkuatkan dan disemarakkan ke seluruh negara. Kita perlu bersatu untuk mara ke Putrajaya!

Justeru, Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menyeru dan mengajak para wanita untuk mengambil peluang keemasan ini untuk mengajak semua ahli keluarga balik mengundi Pakatan Rakyat sama ada PAS, DAP, Keadilan dan mana parti sekutu dalam Pakatan Rakyat untuk PRU 13 ini.

We wish you a HAPPY CHINESE NEW YEAR AND LETS VOICE OUT... VOICE OF CHANGE!

Bersama Selamatkan MALAYSIA Tanahair Kita!

SELAMAT TAHUN BARU CINA DAN SELAMAT MENGUNDI Pakatan Rakyat untuk PRU 13!



祝大家身体健康,万事如意!Gong Xi Fatt Chai!

MUMTAZ BINTI MD.NAWI
Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP)
Mewakili Semua Kepimpinan DMPP & Muslimat PAS Seluruh Malaysia


HD

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive