Khamis, Januari 05, 2012
ISU AMALINA DAN ‘MORAL POLICING’
Apabila masyarakat Malaysia bercakap isu Nur Amalina Che Bakri dan tudungnya, adakah disebabkan peduli atau menyibuk urusan peribadi orang lain? Sementara apabila masyarakat Malaysia membisu mengenai pelbagai ketempangan dalam negara, adakah ia disebabkan terlalu sibuk atau tidak prihatin? Saya memulakan komentar terhadap isu ini dengan lontaran persoalan ini memandangkan terlalu ramai masyarakat Malaysia yang mengambil bahagian dalam isu tersebut, sambil sebahagian yang lain buat tidak endah dalam isu rasuah, kezaliman dan lain-lain.
Isu tudung adalah dosa peribadi, adapun isu penindasan dan kezaliman adalah dosa yang melibatkan kepentingan banyak pihak yang lain. Amalina mempunyai kebebasan dan pilihan untuk menuruti atau melanggar arahan bertudung, dan dalam masa yang sama kita juga mempunyai kebebasan dan pilihan untuk menasihati beliau supaya menjadi seorang Muslimah yang praktis, sementara selebihnya terserah kepada kedua ibu bapanya dan Allah swt. Hal ini sejajar dengan antara asas utama yang menjadi pegangan kita iaitu “Agama itu nasihat” sebagaimana terdapat dalam surah al-’Asr dan hadis nabi saw.
Adapun isu rasuah, penyelewengan wang zakat, kezaliman dan lain-lain, melibatkan hak manusia lain, justeru semua kita wajar menentang dan mencegahnya semampu kudrat yang ada. Ia merupakan dosa yang memberi kesan sosial dan melanggar hak manusia yang lain. Justeru konsep nasihat dan mencegah kemungkaran seperti ini berbeza dengan konsep nasihat dalam bab dosa peribadi, kemungkaran sebegini wajar ditentang dan disebar supaya masyarakat awam mengetahui, kerana isu tersebut melibatkan hak mereka juga.
Saya melihat, di sinilah kekurangan kita dalam memahami falsafah dosa pahala. Tidak sewajarnya kita menjaja kisah peribadi manusia lain selagimana dosa tersebut hanya berkait dengan dirinya sahaja. Kita wajar menasihati, bukannya mencerca dan memaki tanpa henti. Sementara dalam masa yang sama, segelintir manusia lain buat tidak reti dan peduli dalam isu hak dan kepentingan mereka sendiri sendiri seperti pencabulan demokrasi, kezaliman, rasuah, kronisme dan sebagainya. Aneh.
Berbalik kepada isu Amalina, ada beberapa isu yang wajarnya kita perhatikan iaitu perkaitan antara mahasiswa dan budaya ilmu, sejauh mana keberkesanan sistem pendidikan negara dalam memberi jaya, kepentingan peranan institusi keluarga (termasuk kursus perkahwinan yang lebih mementingkan lawak lucah berbanding bab tanggungjawab berkeluarga), apa yang ditumpukan dalam kursus-kursus perguruan (adakah nilaian A semata-mata?) dan seumpamanya, bukannya menyebarkan kesilapan Amalina dan disertai pelbagai cemuhan.
Kepada yang mencela, jangan lupa anda ada anak atau setidak-tidaknya bakal mempunyai anak yang akan hidup dalam dunia yang sangat berbeza. Jangan terlalu bermudah-mudah berasa puas hati dengan amalan kita, lantas lupa melihat segala kelemahan diri kita. Seorang tidak bertudung yang berasa malu kepada Tuhan atas dosanya lebih baik daripada seorang yang “soleh” namun takabbur dan memandang hina kesalahan orang lain.
Selain itu, apabila membincangkan soal dosa tidak bertudung, kita sentiasa lupa bahawa pertimbangan dosa pahala dalam Islam sangat penting. Contohnya dosa tidak bertudung dan dosa seorang pelajar yang membazir dan menyalahgunakan wang biasiswa dan zakat tidak sama, dosa tidak bertudung melibatkan dirinya dan Tuhannya sementara dosa berkaitan wang biasiswa dan zakat berkaitan dengan amanah yang diberikan oleh para pembayar cukai dan zakat. (Perkara harus masih lagi dibenarkan, termasuk membeli makanan, pakaian dan sebagainya. Bukan bererti hanya membeli kitab dan membayar yuran sahaja. Contoh salah guna dan pembaziran ialah membeli rokok dan untuk tujuan maksiat yang lain. Adapun dalam bab harus, sebaiknya sentiasa dimuhasabah supaya perbuatan harus itu menjadi ibadah. Wallahua’lam.)
Kita sentiasa terlebih sentimen dan emosional dalam menilai keburukan dan kelemahan orang lain, namun sebaliknya kita sentiasa bersangka baik dan memujuk diri sendiri apabila menilai keburukan dan kelemahan kita. Sesungguhnya kejujuran kita dalam menasihati dan menegur kesalahan seseorang terbukti menerusi kesungguhan kita mentaati perintah agama. Selain kita diamanahkan untuk emnjadi umat yang saling menasihati dalam persoalan dosa peribadi, kita juga dipinta supaya menentang segala dosa yang memberi kesan kepada sosial dan negara. Akhirnya, marilah kita merenungi dan menginsafi sebuah hadis nabi saw:
“Seorang lelaki bernama ‘Abdullah, digelar ‘himar’ (kaldai). Dia pernah menyebabkan Rasulullah s.a.w ketawa. Juga pernah Nabi s.a.w. menyebatnya (menjatuhkan hukuman) disebabkan kesalahan meminum arak. Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak), maka baginda pun menghukum lalu dia disebat. Seorang lelaki berkata: “Ya Allah! Laknatilah dia, alangkah kerap dia ditangkap”. Lantas Nabi s.a.w pun bersabda: “Jangan kamu semua melaknatinya! Demi Allah apa yang aku tahu dia mencintai Allah dan RasulNya”. (Riwayat al-Bukhari).
Sesungguhnya tugas kita bukanlah untuk menghukum dan memberi pelbagai label kepada manusia, biarlah Allah yang menilainya. Kepada yang berbuat demikian, sudahkah anda membelah dada dan melihat hatinya?
Wallahua’lam
- http://www.marwanbukhari.com
kl-today
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2012
(1452)
-
▼
Januari
(124)
- INILAH DIA KUASA KETIGA KAH! KAH! KAH!
- Wanita Cun ROGOL 10 Lelaki, Apa yang Mengerikan & ...
- ANGPOW PUTIH KATAK MERAH
- Anwar Perdana Menteri seterusnya, ada sesiapa yang...
- Wanita Panik Bawa Kenderaan Rempuh Masuk Kedai Sup...
- Trick lama UMNO... Orang kampung semua dah tau
- Harga gula dunia menurun, tapi subsidi gula di mal...
- Sudah Ada 3 Isteri, Lelaki Tergamak Rogol Isteri R...
- RUPANYA BUNYI MESIN KELAPA SAWIT?
- Live dari Shah Alam: Ceramah Ustaz Azhar Idrus
- FITNAH VIDEO SEKS TERBARU!!! Tanda UMNO hampir tum...
- Bersatu untuk dedahkan skandal “kondo dan lembu”
- Lelaki hampir putus kepala dilanggar tren LRT
- LAWAK AHAD: CUCU NENEK
- [PANAS] Debat: Anwar SINDIR Najib Tahap Maksimum d...
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 28/1/2012
- Kejadian Ribut Geomagnetik Petanda Kiamat Makin Ha...
- Syed Husin saman Utusan, Zul Noordin RM10 juta
- KEPUTUSAN LIGA PREMIER DAN LIGA SUPER 27/1/2012
- PAYUDARA DISEPIT DENGAN PENYEPIT DARI API NERAKA
- BN HANYA AKAN MENANG DI 5 BUAH NEGERI PADA PRU 13
- Saya Tak Pernah Pindahkan Jin Dengan Bas – Dr. Har...
- PR vs BN : BUKTI DEPAN MATA
- Kelab Taat Suami Lancar Kempen “Rasulullah Tokoh S...
- UMNO KATA PAS DIPERKUDA DAP,MCA KATA DAP DIPERKUDA...
- Sha'ani tegur polis berhubung kenyataan 'bodoh'
- Kolumnis pertahan dakwaan Rosmah belanja RM325,000
- Lembu dengan Tanduk Berapi RODOK dan PIJAK Lelaki ...
- Gambar dan video samseng gemuk yang serang ceramah
- GEMPAQ!!! LEMBU TUNGGU BAS DI PORT DICKSON
- Pengkhianat Ibrahim Ali bakal terkubur
- Pengguna Facebook Dinasihatkan Berhati-Hati Dengan...
- Kahwin dengan mayat
- LAWAK AHAD: GULA
- Selamat Tahun Baru Cina: Selamatkan negara dari ba...
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 21/1/2012
- Akhbar Australia lapor Rosmah 'berbelanja besar'
- Peguam Negara pikiaq juboq Saiful lebih penting da...
- Panas!!! Gambar Samseng Umno Belasah Penyokong Pas...
- Menyamar Sebagai Lelaki Untuk Meraba Gadis
- AMALAN UNTUK SELAMAT DARI SEKSA KUBUR
- Semakan Keputusan Kemasukan Ke MRSM Tingkat 1 Dan ...
- Aset: Kenapa Nazri takut kalau menteri 'bersih'?
- NFC: Pejabat AG tak puas hati siasatan polis
- KITA HANYA PERLU ISYTIHAR HARTA PADA KETUA PENYAMUN
- IBU POTONG KEMALUAN BAYI LELAKI
- BR1M: 1Malaysia Kena Kelentong Hidup-Hidup
- Apa maksud Najib ni?
- Sejadah corak babi
- WARDINA DIFITNAH BERLAKON KENA ROMPAK?
- PANAS!!! BEKAS MENTERI DAKWA BN BELI UNDI DI PILIH...
- Jangan Terpengaruh Dakyah dan Fitnah Jahat Media UMNO
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 17/1/2012
- Jawapan Kepada Fitnah Blogger UMNO
- VIDEO: ORANG UMNO PUN DAH MENYESAL PANGKAH BN
- NAJIB DALAM BAHAYA?
- LEMBU PAKAI KAD KREDIT PULAK? KAH! KAH! KAH!
- Si gebu goda ‘bawah perut’ diskaun urut
- Rakyat mahu ‘Malaysia tanpa Umno’
- Projek lembu: TPM, Noh juga perlu disiasat, kata DAP
- Ugut letup helikopter PM: Pelajar USM ditangkap
- LEMBU TENGOK PUN TERBERAK
- LAWAK AHAD: I LOVE U
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 14/1/2012
- LAWAK LA NAJIB NAK TOLONG RAKYAT SELANGOR,RAKYAT N...
- UMNO DAH SAPU LICIN
- Nenek 69 Tahun Dirogol Ketika Kutip Durian
- MALAYSIA PENGELUAR KONDOM UTAMA DUNIA
- KEPUTUSAN LIGA PREMIER DAN LIGA SUPER 13/1/2012
- WARGA ASING MERABA DALAM TREN
- Jika pentadbiran Najib rayu keputusan mahkamah…
- INDAHNYA TOLONG MENOLONG
- Wang Zakat Diguna Menentang Perlaksanaan Hukum Allah
- Lelaki Gila Seks Tersangkut ‘Anu’ Di Lubang Bangku!
- UTUSEKS KAKI BOM
- DOKTOR TAK MENGAKU CABUL PESAKIT HAMIL
- Blogger Pro Umno Hina Mahkamah dan Anwar
- AMK cabar Perkasa nafi insiden letupan
- JUAL ANAK DI FACEBOOK UNTUK ELAK MISKIN
- LETUPAN KANTOI PASAI BAJET CIPUT?
- Marah keputusan mahkamah, banner jadi mangsa
- ADAM ADLI TAK AKAN MERAYU, KOYAK SURAT PENGGANTUNGAN
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 10/1/12
- TV3SUKU RAKAM TAPI TAK SIAR
- TV3SUKU TERSASUL LAGI ???
- LAIN KALI JANGAN DOK GATAI PUNGKOQ
- IKLAN YANG DIHARAMKAN DI TV MALAYSIA
- KEPUTUSAN LIGA PREMIER 9/1/12
- Video Nyonya Minta Najib Cepat Mati Depan Polis
- TOLONG JANGAN KETAWA
- ANWAR BEBAS,RAKYAT MENANG
- GAMBAR HIMPUNAN 901
- Pesanan Dato’ Seri Anwar Ibrahim
- 'Amanat' Anwar: Ribuan banjiri ibu negara
- Pembaca Buletin Fitnah Utama Mengaku Sebut Anwar I...
- LAWAK AHAD: Otak Budak-Budak
- Terkini!!! Pengawal peribadi Presiden PKR disuntik...
- ANWAR PM MALAYSIA - TV3SUKU
- DEPA HINA ISLAM LAGI!!! : Nombor ekor pada ayat Quran
- SU Politik MB Kedah dedah punca UMNO melatah pasal...
-
▼
Januari
(124)
Sy rasa agak kurang tepat mengatakan hal x bertudung adalah dosa peribadi n hanya antara individu dgn Allah shj. Wanita x bertudung akan berjangkit pula dosa kpd kaum lelaki yg melihatnya, apatah lagi bila menaikkan syahwat. Akan disoal pula di akhirat kpd ayahnya atau suaminya atau saudara lelaki kandungnya di atas kegagalan mendidik anak perempuan. Wallahualam.....
BalasPadamYa saya setuju sebab kaum lelaki kaum yg lemah imannya pantang nampak perempuan sexy, iman goyah! Bila buat kesilapan begitu, salahkan perempuan.
BalasPadamKes lelaki yang minum arak ta sama kes wanita minum arak.Walau perbuatan nua serupa.Ia boleh mengakibatkan diri di rogol dan bermacam macam lago.Jadi perbandingan dengan kes Amelina berbeza.Begitu juga Amelina di sanjung kerana lambang gadis Melayu Islam dan sikap dia macam slut jauh dari yang diharapkan.Bayangkan ustazah pakai skirt mengajar Al Quran atau berdakwah.Adakah meransang syahwat lelaki hak individu.Bukankah ikut barat hubungan sex rambang dan luar tabie juga hak individu.Adakah berpelukkan dengan bukan mahram hak individu.Siapa kata kita mendiamkan lawak lucah,rasuah & artis terlampau?Kita undi PAS kerana mahukan perubahan
BalasPadam