Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Januari 24, 2012

Lembu dengan Tanduk Berapi RODOK dan PIJAK Lelaki Sehingga MAUT


Menurut laporan AP, seekor lembu jantan dengan tanduk yang diletakkan nyalaan api memijak dan merodok lelaki sehingga parah semasa perayaan hujung minggu di timur Sepanyol, kata seorang pegawai.

Bola besar dengan lilin tradisional menyala dilekatkan pada tanduk lembu, sebelum binatang itu dilepaskan dan dibiarkan mengamuk di dataran dan di jalan-jalan sempit sekitar kawasan festival itu.

Datuk Bandar Navajas berkata perkhidmatan kecemasan di bandar itu tidak dapat menyelamatkan nyawa lelaki berusia 45 tahun yang namanya itu masih belum diketahui umum.

Jose Vicente Torres berkata kemalangan itu berlaku pada awal hari Sabtu apabila lelaki itu, yang datang dari Alboraia, kira-kira 70km ke selatan, tersandung pada waktu lembu jantan itu dilepaskan.

Torres berkata lembu jantan yang mengejar lelaki itu, merodoknya, memijak kepalanya sehingga menyebabkan kecederaan parah.

Beliau menawarkan takziah kepada keluarga lelaki itu, namun tidak akan membatalkan acara yang sama dijadualkan pada hari Ahad. -DCM



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive