

PERLAWANAN TAMAT
FULL TIME: PHILIPPINES 1-1 MALAYSIA
INTERNATIONAL FRIENDLY GAME
KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
MY FRIENDS
BLOG RAKYAT
LUBUK ILMU
Quran Online
DariMindaKu
Al-Quran & Tafsir Disini
Zaharuddin.net
Harun Yahya
Darul Kautsar
Ust Nasrudin
Ustaz Muda
Ilmu & Ulama
Mesra Rakyat
The Rise Of Islam
Al-Bakistani
Al-Ahkam
SaifulIslam.Com
Harun Yahya
Jarum Emas
Tasek Pauh
Shamatun
Surau 2Faber
Sapaan Makrifat
Selak
Anda Tanya Saya Jawab
Isu Semasa Islam
Warisan Nabawi
Sampaikan Satu Ayat
Darul Mujahidin
Dr. Mohd Asri
Lenggang-kangkung
BLOG PEMIMPIN
HOBI
KERAJAAN PAKATAN RAKYAT
Kerajaan
Negeri Kelantan
Kerajaan
Negeri Selangor
Kerajaan
Negeri Pulau Pinang
Kerajaan
Negeri Kedah
Kerajaan
Negeri Perak
ROCK KUCING
Lagenda
Rock Online
Silverian
TheCoreSystemFanzine
RealNgancokwak@m
RealNgancokwak@t
RealNgancokwak@b
Tweakheadz
SUKAN
Peraturan Futsal
Forum Futsal
About Futsal
Futsal Plaza
Keringat Futsal
Futsal dan Bola Tampar
(Oleh: Sidiqin Omar)
PETALING JAYA 28 Feb: KEADILAN hari ini mendedahkan National Feedlot Corporation(NFCorp) turut terlibat dalam perniagaan pasaraya mewah di Singapura, selain tiga buah restoran dan pelaburan RM44 juta kondominium di republik itu.
Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, perniagaan itu dikendalikan syarikat Farmhouse Supermarkets Pte Ltd yang dimiliki suami Datuk Seri Shahrizat Jalil – Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan dua anak mereka, Wan Shahinur Izram Salleh dan Wan Izrarana Fatimah Zabedah.
Siasatannya mendapati Farmhouse Supermarkets Pte Ltd menjadi penyewa utama kepada kompleks pasaraya mewah Star Vista, di kawasan elit berdekatan Nanyang Technology University.
“Pasaraya yang diusahakan oleh Farmhouse Supermarkets Pte Ltd ini dijangka mula beroperasi dalam suku ketiga tahun ini, apabila kompleks Star Vista siap,” jelas beliau dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.
Syarikat itu juga, katanya, telah menandatangani perjanjian sewaan dengan pemaju, CapitalMalls bagi 28 unit ruang kedai di kompleks tersebut.
Sewa ruang kedai yang setiap satu berkeluasan 3,000 meter persegi itu dianggar mencecah S$900,000 sebulan atau RM2.2 juta, mengikut harga pasaran semasa.
“Sudah tentu perniagaan pasaraya ini akan dibiayai oleh dana awam yang disalurkan bagi tujuan penternakan lembu seperti yang dimandatkan oleh NFC, seperti yang berlaku di dalam pembelian-pembelian aset mewah lain sebelum ini,” tegasnya.
Sehubungan itu, katanya, KEADILAN mendesak NFC menjelaskan komitmen kewangan yang telah dibuat melalui Farmhouse Supermarkets Pte Ltd, termasuk perjanjian sewaan yang telah dimeterai.
“Tindakan tegas perlu dilakukan segera untuk merampas kembali kesemua dana yang telah diselewengkan secepat mungkin dan mendakwa individu terbabit di mahkamah atas tuduhan pecah amanah dan jenayah perdagangan.
“Jika ini tidak berlaku dalam minggu ini, KEADILAN akan melakukan pendedahan setiap minggu hinggalah Dewan Rakyat bersidang pertengahan bulan Mac ini,” tegas beliau.
-KDSatu lagi usaha mengganggu ceramah Pakatan Rakyat dilaporkan malam semalam dan kali ini kejadian berlaku di Felda Lepar Hilir I, Gambang, Pahang.
Kali ini, yang nyaris menjadi mangsa kali ini adalah Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad (bawah, kiri) dan Naib Presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar.
Ceramah itu didakwa diganggu oleh ahli Umno yang dengan sengaja memasang pembesar suara di sebuah kedai kopi di mana Nurul Izzah dan Nik Nazmi dijadual berucap mulai jam 9 malam hingga tengah malam.
"Pemimpin PKR tempatan telah mendapat kelulusan polis untuk kita berucap ... tetapi sebelum majlis bermula mereka menerima ugutan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mahu mereka membatalkan ceramah itu.
"Sepanjang ucapan saya kira-kira 20 hingga 30 minit, mereka memainkan lagu dan muzik dengan kuat bagi mengalihkan perhatian orang ramai.
"Pada mulanya, kami sangka bunyi itu datangnya dari konsert, kemudian, kami dapati bahawa mereka sebenarnya menganjurkan satu sesi karaoke," katanya.
Keadaan semakin tidak terkawal apabila tiba giliran Nurul Izzah untuk berucap, kata Nik Nazmi, dengan kumpulan itu mula menyerbu ke lokasi ceramah sambil mencaci dan melemparkan kata-kata kesat kepada anak perempuan ketua umum PKR itu."Budak-budak muda cuba pukul Nurul Izzah di ceramah kami di Felda Lepar Hilir. Saya dan Nurul Izzah diiringi polis keluar untuk elak samseng Umno," kata Nik Nazmi.
Nurul Izzah (kanan) pula dalam raeksi awalnya berkata beliau bersyukur kerana selamat tetapi memberi jaminan tidak akan gentar dengan gelagat liar berkenaan.
"Bersyukur pulang dgn selamat. Moga teman-teman di Felda Lepar Hilir juga bertahan dan bersemangat walaupun samseng-samseng Umno berlagak liar, ugut fizikal.
"Tangan (penumbuk) hanya beberapa inci dari (wajah) saya," katanya di Twitter pada jam 1 pagi ini.
Skim penempatan Felda itu terletak di kawasan parlimen Paya Besar dan kini dipegang oleh Abdul Manan Ismail dari Umno.
Sehubungan itu, Nik Nazmi dan Nurul Izzah akan membuat laporan di balai polis Merchant Square berdekatan ibu pejabat PKR pada jam 3 petang hari ini.Kejadian itu hanya salah satu daripada siri gangguan dalam beberapa bulan kebelakangan ini apabila pemimpin Pakatan cuba menggempur kubu-kubu BN, khususnya Umno menjelang pilihan raya umum akan datang.
Semalam, perhimpunan solidariti Himpunan Hijau di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade yang dihadiri Ketua Menteri Lim Guan Eng turut diganggu oleh kumpulan yang dianggotai oleh pemimpin Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA.
20 Februari lalu, kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dengan lontaran batu, kayu dan mercun sehingga kemek dan cerminnya pecah ketika berceramah di Jalan Mersing, Sembrong.13 Februari pula kunjungan Anwar ke Felda Tun Ghafar Baba, di Machap, Alor Gajah juga dicemari oleh penyokong Umno yang mengganggu ceramah beliau.
Awal bulan ini pula sekatan jalan raya didirikan daripda menghalang pemimpin dan penyokong Pakatan daripada menghadri ceramah yang dijadualkan di kubu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan.
Semua Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan di seluruh negara bagi membantah keputusan kerajaan membenarkan loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas Advanced Material Plant (Lamp) beroperasi di Gebeng, Pahang berjalan lancar kecuali di Pulau Pinang.Himpunan Hijau di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade itu dicemari apabila kira-kira 50 orang, termasuk pemimpin tempatan dari Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengganggu acara yang dijalankan itu.
Ketika acara itu dimulakan pada jam 6 petang, kumpulan itu mula menjerit kepada orang ramai yang berhimpun secara aman itu dan memberi amaran kepada mereka bahawa isu Lynas itu bukan "isu Pulau Pinang" dengan melaungkan slogan "Hidup Umno", "Kami mahukan kebebasan" dan "Balik Kuantan (Kembali ke Kuantan)".
Kira-kira 500 penyokong Himpunan Hijau kemudian membalas dengan laungan "Hidup Rakyat”.Selepas 15 minit berlalu keadaan semakin tegang, namun tidak ada kelibat polis dilaporkan memantau keadaan.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tiba kira-kira jam 6:30 petang dan berucap kepada hadirin bahawa Pakatan Rakyat berpendirian tegas bahawa tidak akan menyokong kilang penapisan nadir bumi bernilai RM700 juta yang dibina di Gebeng, dekat Kuantan itu kerana bahaya pencemaran bahan radioaktif.
Beliau juga menggesa rakyat yang hadir supaya tidak diperbodohkan dan digertak oleh kumpulan yang berkumpul berhampiran.
Wartawan dibelasah
Apabila mendengar nasihat Lim itu, kumpulan berkenaan terus mencaci Lim dan melemparkan kata-kata kesat ke atas setiausaha agung DAP itu. Para hadirin kemudian bertindak dengan mem-boo mereka.Berikutan itu, Lim mula meninggalkan pentas dan menyertai orang ramai tetapi kumpulan itu mula mengasak para hadirin sehingga mengakibatkan berlakunya pertengkaran.
Menurut orang saksi, seorang wartawan dan seorang jurugambar sebuah akhbar berbahasa Cina cedera didakwa dipukul dengan topi keledar.
Mereka dikenal-pasti sebagai wartawan dan jurugambar akhbar Kwong Wah Jit Poh iaitu Andrew Chew, 29, dan Lee Hong Chun, 25, masing-masing cedera di bahagian badan dan kepala.
Mereka kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).
Pihak polis akhirnya tiba pada jam 7:15 malam dan menagarahkan orang ramai supaya bersurai.
Sementara itu, menurut laporan Benama, Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob berkata penganjur langsung tidak memaklumkan kepada polis mengenai acara itu sehingga berlaku kekecohan.
"Memang tidak memerlukan permit tetapi sepatutnya penganjur memaklumkan atau berunding dengan pihak polis berhubung perhimpunan berkenaan supaya polis dapat bersiap sedia atau menempatkan anggota di kawasan berkenaan bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku.
"Bila berlaku kekecohan, baru penganjur maklumkannya dan mereka juga cuba menyalahkan polis kerana lambat bertindak," katanya.Tidak seperti Pulau Pinang, perhimpunan solidariti di bandar-bandar utama tempat lain berjalan dengan lancar.
Di BUKIT MERAH, Perak kira-kira 1,000 orang berkumpul di bekas tapak penapisan Asian Rare Earth (ARE) pada jam 11 pagi. Mereka berhimpun selama 90 minit untuk menunjukkan sokongan kepada rakan-rakan di Kuantan.
Penganjur perhimpunan itu Hew Yoon Tat, ketika dihubungi, berkata beliau memberikan ucapan pada majlis itu di mana beliau mengingatkan orang ramai bahawa kerja-kerja pembersihan terhadap projek yang terbelangkai itu sekarang masih berterusan dan menimbulkan bahaya.
Gunting rambut
"Kerajaan harus menguatkuasakan larangan menyeluruh terhadap kilang pemprosesan nadir bumi," katanya.Di KUALA LUMPUR, kira-kira 500 orang berkumpul di hadapan pusat membeli-belah Maju Junction sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman dalam perhimpunan tiga jam.
Perhimpunan diadakan dalam suasana seolah-olah peserta sedang berpesta dengan mereka menyanyikan lagu-lagu dan memaparkan sepanduk kepada kenderaan yang melalui jalan berkenaan. Bunyi hon sebagai menyokong perhimpunan itu menjadikan suasana sebegitu bising.
Selain daripada pertunjukan muzikal, sesetengah peserta juga menderma sebahagian kecil rambut mereka yang digunakan untuk mengeja perkataan "Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia" di kaki lima.Di KUCHING, Sarawak, kira-kira 30 orang berhimpun di Taman Sahabat, Jalan Song. Bagaimanapun perhimpunan itu terpaksa dipendekkan kepada hanya 15 minit kerana hujan lebat.
Penganjur William Lee menarik perbandingan antara kilang Lynas dan kilang melebur aluminium di Balingian, Sarawak yang katanya telah menyebabkan beberapa tumbuhan sekitar lingkungan 3km mati.
Beliau memberi amaran bahawa perkara yang sama mungkin berlaku di Gebeng.
Terdapat juga laporan perhimpunan solidariti juga diadakan di Tawau, Kota Kinabalu, Sibu, Miri, Kluang dan juga sejauh Melbourne.