Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Mac 18, 2012

PAYUDARA MELETUP



STOCKHOLM – Seorang peserta siri realiti televisyen Sweden terpaksa dikejarkan ke hospital apabila implan dalam buah dadanya meletup gara-gara aksinya bergusti dalam lumpur, lapor media semalam.

Lina Hellqvist (gambar) menyertai siri Djungelns Drottning (Ratu Hutan) yang mengisahkan kehidupan sekumpulan 10 peserta hidup dalam hutan tanpa bantuan sebarang teknologi.

Ketika kejadian, Lina, 24, sedang bergusti dengan beberapa peserta lain apabila dia berasa satu daripada buah dadanya berbunyi.

Sumber berkata, bimbang dengan keadaan itu, kakitangan produksi Djungelns Drottning menggunakan helikopter untuk memindahkan Lina ke hospital.

Menurut Lina, dia tidak menyangka sama sekali implan pada buah dadanya boleh meletup tiba-tiba.

“Apabila ia meletup, peserta lain benar-benar bimbang dan saya pula berasa sangat tidak selesa,” katanya.

Masih mendapatkan rawatan, Lina berkata, dia masih berasa ada yang tidak kena pada buah dadanya.



Lina – turut menganggap dirinya seorang bloger – kini menunggu masa sesuai untuk menjalani pembedahan bagi membetulkan semula implan berkenaan.

Djungelns Drottning adalah siri realiti yang mencabar kemampuan wanita hidup dalam serba kekurangan.

Antara tugasan mereka dalam hutan ialah menghidupkan api menggunakan perapi rambut.

Walaupun sesetengah media melaporkan insiden itu berlaku dalam hutan di Malaysia, media lain mendakwa, penggambaran dibuat di Thailand.

Ogos tahun lalu, seorang wanita Britain mengalami nasib sama apabila implan buah dadanya meletup terkena tembakan peluru paintball. – Mirror



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive