Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Mac 19, 2012

Panas: Tubuhkan Jawatan Kuasa Khas Parlimen Tangani Isu Lynas Bukti Kelemahan Najib Razak

Persetujuan kabinet Najib untuk mewujudkan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai Lynas menjelaskan bahawa projek mengeluarkan nadir bumi (Lynas) di Gebeng, Pahang itu bermasalah. Kalau tidak ada masalah dan selamat, untuk apa jawatankuasa khas untuk menilai tahap keselamatannya lagi? Jadi munasabahlah kalau kumpulan hak asasi manusia dan oposisi menentang projek berkenaan kerana dikatakan tidak selamat kepada manusia dan alam sekitar. Najib dalam mengulas penubuhan jawatankuasa itu berkata ianya perlu untuk mendapat pandangan umum berhubung projek berkenaan. Peliknya di sini kenapa jawatankuasa atau kepedulian itu dibuat setelah projek itu sudah bermula. Jawatankuasa PSC itu dianggotai sembilan anggota itu yang terdiri daripada empat wakil dari Barisan Nasional, tiga daripada pembangkang dan seorang anggota bebas, akan diketuai Menteri Pengajian Tinggi Khaled Nordin demikian menurut Nazri Aziz. Dengan wujudnya jawatan kuasa itu dakwaan sesetengah pakar "mulut renyuk" memberi jaminan dari segi profesional mereka projek itu selamat termasuk seorang pakar dari Pas tidak boleh dipakai lagi. Orang juga akan mempersoal sejauh manakah wibawa pakar-pakar berkenaan. Walaupun PSC kata Najib tidak boleh membuat kata putus berhubung projek itu tetapi moral ianya telah merosakkan imej kerajaan sendiri. Walaupun PSC tidak mempunyai kuasa mutlak untuk menutup tetapi perjuangan para anti Lynas dikira sudah berjaya apabila kerajaan sendiri meragui akan keselamatannya. Sudah lama terpampang dalam benak saya kenapa bersungguh benar kerajaan hendak bangun projek berkenaan? Apakah wang pelancar untuk projek berkenaan sudah pun diambil? Baik kerajaan menjelaskan saja yang mereka telah terperangkap pihak tertentu dengan projek berkenaan. Teringat kata Daim Zainuddin UBN tidak perlu adakan 'stok BN' atau 'stok Umno" untuk cari dana pilihan raya. Parti itu katanya ada cara dan sumber sendiri. Apakah salah satu sumbernya komisyen itu. sumber

Tubuh PSC Isu Lynas Hanya Gimik Pilihan Raya

Sebelum itu di Kuantan, Kepimpinan Himpunan Hijau berpendapat penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai Lynas seperti diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz semalam adalah tidak perlu. Pengerusinya, Wong Tack (foto) berkata, penubuhan PSC dianggap satu gimik untuk mengheret isu itu sehingga selesai pilihan raya akan datang. Menurutnya, jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpegang kepada moto ‘rakyat didahulukan’, sekarang adalah masa sesuai untuk beliau berdiri dan membuat keputusan kerana rakyat sudah menyatakan pendirian jelas berhubung isu Lynas yang berlanjutan hingga setahun itu. “Kita tahu Lynas dibenarkan beroperasi di negara ini disebabkan berlakunya kelemahan undang-undang alam sekitar, selain kemungkinan wujudnya amalan rasuah. “Kenapa baru sekarang jawatankuasa itu ditubuhkan, sedangkan semua fakta dikemukakan dengan jelas sebelum ini. Manakala, rakyat juga sudah membuat keputusan untuk menolak projek tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, kelmarin. Wong Tack berkata, tindakan itu menunjukkan kerajaan masih tidak mengambil berat mengenai isu yang membimbangkan rakyat selama ini. “Ia juga menunjukkan kerajaan gagal menjalankan tugas mereka untuk melindungi kesejahteraan rakyat dan negara,” katanya. Beliau berkata, berapa lama lagi kerajaan mahu melihat rakyat terus dibelenggu kebimbangan berhubung isu itu dan apa lagi yang rakyat perlu lakukan sehingga mereka boleh ‘didahulukan’. Menurutnya, hanya satu perkara rakyat mahu Perdana Menteri lakukan iaitu tampil membuat kenyataan bahawa Lynas perlu keluar dari negara ini.

Surat "Stop Work Of Order" Perlulah Di Keluarkan

Satu surat "stop work of order" untuk memberhentikan segala operasi membabitkan kilang pemprosesan nadir bumi Lynas perlu dikeluarkan supaya Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) yang bakal diusulkan esok dapat melaksanakan tugas mereka. Itu syarat diberikan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (foto) sebelum bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa itu yang bakal disertai empat wakil Barisan Nasional (BN), tiga wakil Pakatan Rakyat (PR) dan satu wakil Bebas. Menurutnya, tindakan itu bertujuan memastikan kajian membabitkan operasi kilang tersebut di kawasan perindustrian Gebeng berlangsung tanpa gangguan. “Sebarang aktiviti berkaitan ataupun operasi kilang tersebut perlu dibekukan buat sementara waktu. “Tidak guna mengadakan kajian jika segala operasinya masih berjalan seperti biasa,” katanya. Fuziah berkata, kerajaan juga perlu memberikan ‘term of reference’ iaitu rujukan buat ahli jawatankuasa membabitkan aspek tempoh kajian, tugasan dan laporan yang perlu disediakan. Ditanya adakah penubuhan jawatankuasa itu menunjukkan kerajaan takut dengan desakan rakyat, Fuziah menafikan sebaliknya tekanan dalaman memaksa kerajaan bertindak sedemikian.“Sebenarnya, ia adalah desakan komponen BN sendiri iaitu MCA yang semakin tenggelam dan kehilangan sokongan rakyat. “Ini memaksa MCA menekan kerajaan kerana komponen terbabit takut hilang kuasa dan ingin menjuarai rakyat dengan penubuhan jawatankuasa itu,” katanya. Fuziah merujuk kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang menyokong dan memuji penubuhan jawatankuasa itu. Menurutnya, ia berikutan biarpun sudah banyak desakan dan bantahan dilakukan rakyat sebelum ini, kerajaan tetap tidak mengambil serius mengenai kerisauan orang ramai.

[Langkah kerajaan menubuhan PSC dikala isu Lynas semakin hangat diperkatakan jelas membutikan mereka telah melakuan satu kesalahan yang cukup besar kepada seluruh rakyat Malaysia amnya dan Kuantan amnya. Kenapa jawatankuasa khas itu tidak ditubuhkan sejak dari awal-awal projek itu dibawa masuk ke negara ini?. Kenapa selepas mendapat tekanan yang bertalu-talu daripada rakyat barulah kerajaan terhegeh-hegeh mahu menubuhkan PSC. Ternyata projek ini memang ada yang tida kena dan ada bukti jelas pihak-pihak tertentu telah mendapat habuan lumayan atas projek berisiko ini. Lantaran itulah kita tidak hairan Lynas mendapat perlepasan cukai selama 12 tahun. Kerajaan memang tidak mendapat cukai secara rasminya, tetapi ada piha-pihak tertentu yang mendapat cukai tersebut terus ke poket mereka. Sebab itulah, mereka tidak mahu projek ini dibatalkan dalam apa jua cara sekali pun. ini, satu-satu cara yang terbaik ialah mengajak rakyat mengubah kerajaan yang ada sekarang. Jika ia berjaya, maka tidak mustahil projek ini akan dibatalkan].



pahangdaily


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive