Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Mac 15, 2012

Banduan Menyusup Ke Sel Wanita Untuk Seks


‘Kegersangan’ melampau seorang banduan di sebuah penjara antara paling ketat kawalan keselamatannya di Maine, Amerika Syarikat memaksa dia mencuba pelbagai cara untuk memuaskan nafsu seksnya.

Ternyata ia membuahkan hasil apabila banduan berusia 23 tahun dari Biddeford itu ditangkap selepas menyusup ke sayap lain penjara itu untuk mengadakan hubungan seks bersama seorang tahanan wanita.

Pejabat sherif berkata, Arien L’Italien merangkak antara sel pada malam Sabtu lalu ketika kembali ke selnya di Penjara Daerah Cumberland.

Pihak berkuasa berkata, rakaman video menunjukkan dia memasuki sel wanita melalui empat pintu untuk menemui tahanan wanita berusia 25 tahun yang dikenalinya itu.

Kedua-duanya berkomunikasi melalui sistem pengalihan udara dan memalsukan kunci di sel mereka.

L’Italien mempunyai rekod memiliki senjata api manakala banduan wanita tersebut, Karla Wilson memiliki rekod melakukan serangan seksual.

Ketika ditanya pemberita sama ada mereka berdua sempat mengadakan hubungan seks sebelum dikesan, ini jawapan pihak penjara: YA!

- Oleh SYAHRIL A. KADIR
mynewshub
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive