Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Mac 10, 2012

Wanita Iran Berbogel Protes Dilucutkan Kerakyatan


Sekumpulan wanita warga Iran yang telah dilucutkan kewarganegaraan bertindak merakamkan gambar mereka dalam keadaan berbogel sepenuhnya bagi menunjukkan tanda protes terhadap penindasan seksual terhadap wanita yang kononnya diamalkan di negara asal mereka.

Wanita-wanita itu yang kini hidup dalam buangan di negara-negara Eropah memilih untuk berbogel dihadapan kamera dan menyampaikan laungan slogan-slogan kebebasan seksual yang mereka perjuangkan.

Antara slogan yang disampaikan oleh kumpulan wanita Iran itu ialah ‘Kami percaya kepada kesaksamaan antara lelaki dan wanita’ dan ‘Fikiran saya, tubuh saya, pilihan saya’.

Selain itu, mereka juga berpakat untuk menghasilkan sebuah video bagi meningkatkan jualan kalendar Revolusi Foto Bogel sempena Hari Wanita Antarabangsa dan didedikasikan khas untuk seorang gadis Mesir, Aliaa Magda Elmahdy, yang memuatkan gambar bogel dirinya menerusi blog sebelum ini.

Menurut kumpulan itu lagi, video dan kalender itu juga dihasilkan untuk memberi sokongan kepada Golshifteh Farahani yang merupakan seorang pelakon Iran yang telah dihalau dari negara Islam itu kerana berbogel di dalam satu majalah Perancis.

Golshifteh, 28, yang pernah membintangi filem bersama pelakon Hollywood terkenal, Leonardo DiCaprio dan Russell Crowe itu dihubungi oleh pihak berkuasa Iran agar tidak pulang ke negara asalnya selepas gambar bogelnya tersebar di dalam majalah Madame Le Figaro.

Gambar tersebut yang mencetus kemarahan umat Islam di Iran menyaksikan Golshifteh beraksi bogel berlatar belakangkan dinding berwarna gelap sambil tangannya menutup buah dadanya yang terdedah. – Mynewshub.my


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive