Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Mac 03, 2012

NAJIB GEGAR KUALA KETIL BERSAMA MAWI...KAH! KAH! KAH!



DEY MACHA!!!
DENGAQ CERITA HARI NI NAJIB TURUN KUALA KETIL
PATUTLA DEPA BAWA MAWI PI SANA
KAH! KAH! KAH!

UMNO BE END TERPAKSA BAWA ARTIS
UNTUK TARIK ORANG RAMAI PI PROGRAM DEPA
KALAU TAK BAWA ARTIS SAPA NAK PI TENGOK DEPA
HARAP KERUSI DENGAN MEJA SAJA LA
KAH! KAH! KAH!



Inilah dia Stesyen Bas Kuala Ketil

Mawi gegar Kuala Ketil

BARISAN artis popular akan menyemarakkan program Pemimpin Bersama Rakyat 1Malaysia yang akan diadakan di Padang Awam, Kuala Ketil, Kedah pada hari ini (Sabtu). Mereka bukan saja akan menghiburkan orang ramai, tetapi akan beramah mesra dengan masyarakat setempat.

Artis yang akan tampil membuat persembahan termasuk Mawi yang baru saja menjadi ayah, Datuk A Rahman Hassan, Roslan Shah, Kenchana Devi, Fida, Qhaud AF, Iqram Dinzly, Atie AF, Anding AF dan Zalif Sidek.
Kemunculan mereka ke sana diuruskan oleh syarikat pengurusan acara, Artist KL Productions Sdn Bhd yang beroperasi di Pavilion Kuala Lumpur.

Pengarah Urusannya, Zulaika Aziz, berkata artis akan muncul dari jam 1 tengah hari hingga 6.30 petang.


Katanya, kemunculan artis pada program itu bukan saja untuk memeriahkan suasana, tetapi juga untuk menjalinkan silaturahim antara pemimpin dengan artis kerana selama ini bagai ada jarak antara dua kelompok itu.


“Mereka saling memerlukan di mana dengan kemunculan artis pada sesuatu program akan menambahkan lagi daya tarikan supaya lebih ramai yang datang. Pemimpin rakyat dan artis ada peranan masing-masing dalam masyarakat.

“Saya berharap dengan adanya persembahan artis, program itu akan lebih berjaya. Artis yang Artist KL pilih pun bukan sebarangan kerana mereka memang popular.

“Artis juga ikon masyarakat jadi saya mahu mereka menunjukkan nilai yang baik walau di mana mereka berada,” katanya.

Tambah Zulaika, selepas program di Kuala Ketil itu, syarikatnya turut terbabit dengan pelbagai acara lain dan berhasrat melebarkan sayap perniagaannya sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Walaupun Artist KL baru saja beroperasi, tetapi saya perlu bergerak pantas kerana saingan dalam perniagaan hari ini sangat mencabar. Untuk berjaya, saya perlu berani mengambil risiko,” katanya yang dibantu rakan karibnya, Hani Nadzir selaku Pengerusi Eksekutif.-HM


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK



KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive