Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Mac 11, 2012

MB Pahang 'meletup' panggil wartawan 'bodoh' lapor isu Lynas



Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob hari ini naik angin terhadap wartawan akhbar berbahasa Cina, dengan berulang kali memanggil mereka "bodoh" kerana melaporkan kenyataan yang dikatakan dibuat olehnya bahawa sisa radioaktif Lynas boleh dibuang ke dalam Sungai Lembing.

Menurut laporan di beberapa akhbar berbahasa Cina, Adnan juga menolak kamera yang dipegang oleh seorang jurugambar yang sedang mengambil gambarnya yang sedang naik angin itu.

Beliau kemudian mencabar jurugambar tersebut supaya menyiarkan gambar esok dan mewujudkan saat yang janggal sewaktu sidang akhbar di Kuantan itu.

Tiga wartawan kemudiannya memutuskan untuk meninggalkan sidang akhbar tersebut.

Semuanya bermula apabila Adnan secara tiba-tiba membangkitkan kontroversi loji nadir bumi Lynas, yang dijadual memulakan operasi berhampiran dengan Gebeng, selepas beliau merasmikan sebuah pesta buku di Kuantan hari ini.

Adnan memberitahu wartawan bahawa beliau tidak pernah mencadangkan sisa radioaktif itu dibuang ke dalam Sungai Lembing, dan berkata ia hanyalah satu contoh yang diberikan oleh Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan pada satu majlis makan malam.

Katanya, Raja Abdul Aziz berkata terdapat banyak gua di Malaysia yang boleh dijadikan tapak pelupusan sisa seperti di Sungai Lembing.

Dengan nada tinggi, Adnan berkata, beliau tidak pernah kata bahan tersebut boleh dibuang di Sungai Lembing.

Sungai Lembing merupakan sebuah bandar lombong bijih timah yang terletak kira-kira 40km di barat laut Kuantan. Hari ini, kebanyakan lombong bawah tanah di situ tidak lagi beroperasi.

Adnan turut dimarahi Kuantan MP Fuziah Salleh - salah seorang penentang kuat pembinaan kilang Lynas.

"Awak lapor saya kata begitu. Jika MP PKR Kuantan, Fuziah Salleh mengatakan perkara yang sama, maka dia juga bodoh. Semua akhbar Cina dan wartawan yang melaporkan berita itu adalah bodoh.

"Mereka boleh saman saya! Saya juga boleh saman mereka."

Apabila seorang wartawan cuba untuk menerangkan kepadanya, Adnan menyampuk: "Tidak perlu hendak jelaskan. Saya terima SMS yang mengatakan akhbar Cina melaporkan saya mencadangkan sisa itu dibuang ke Sungai Lembing..

"Anda lapor tanpa mengesahkannya sendiri, ini adalah benar-benar bodoh."-MK


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive