Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Mac 06, 2012

Takut debat, kering hujah, maka sepak terajang pilihan UMNO – Oleh Fairuz Azhan


Semakin hari semakin terserlah sikap pemimpin dan penyokong Barisan Nasional, khususnya UMNO dan pecacai mereka, yang menyerang serta menimbulkan kekacauan di majlis-majlis majlis anjuran masyarakat madani dan rakyat prihatin.

Antara peristiwa yang menonjolkan sifat ganas para pecacai UMNO adalah:

* Kekacauan yang ditaja oleh Perkasa dan UMNO pada hari keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Jalan Duta sehingga adanya letupan yang mencederakan orang awam;

* Kekacauan program Hindraf dan NGO Asalkan Bukan UMNO (ABU) oleh samseng-samseng pro-UMNO di Dewan Orang Ramai Jalan Kebun, Klang;

* Kekacauan semasa ceramah Pakatan Rakyat yang diadakan dalam kawasan Parlimen yang diwakili oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Johor sehinggakan kereta Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami kerosakan teruk;

* Keganasan samseng pro-UMNO di Sudut Pidato Pulau Pinang sewaktu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng turun padang untuk menyatakan sokongan beliau terhadap gerakan anti-Lynas, di mana beberapa peserta perhimpunan aman cedera manakala Guan Eng diserang dan dirosakkan para pengacau;

* Percubaan untuk mencederakan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar di Pahang; dan

* Perbuatan membakar rumah dan kereta Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Zulkifli Ahmad.

Kesederhanaan Najib?

Adakah semua perbuatan ganas ini yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri sebagai “kesederhanaan yang berpotensi menjamin keamanan dan keharmonian”? Apakah jaminan Datuk Seri Najib Razak tentang budaya demokrasi dan politik matang yang diwarwarkannya hanya sekadar omongan kosong?

Bukan sahaja Najib berdiam tidak mengutuk trend ganas oleh kumpulan-kumpulan penyokong dan pecacai UMNO, malah gerak dan gayanya bagaikan menghalalkan segala yang berlaku.

Budaya baling batu dan sembunyi tangan sememangnya bukanlah budaya baru, lebih-lebih lagi daripada pihak yang ekstrem dalam UMNO dan BN. Kita akui masih ramai ahli UMNO-BN tidak suka kepada keganasan tetapi jika mereka berdiam diri dengan budaya keji yang sedang berlaku sekarang, ia seolah-olah mencerminkan UMNO-BN menyokong perbuatan ganas ini.

Mengapakah tidak kelihatan sebarang usaha daripada kerajaan Najib untuk mengutuk kegiatan samseng tersebut yang ditujukan, bukan sahaja kepada para pemimpin Pakatan Rakyat tetapi juga terhadap rakyat prihatin yang tidak menyertai mana-mana parti seperti ribuan orang yang menentang projek sisa toksik Lynas?

Jika keganasan berleluasa, bagaimana Najib mahu perkenalkan demokrasi matang?

Bagaimanakah Malaysia boleh mengorak langkah ke arah sebuah demokrasi yang matang jika kejadian-kejadian ini boleh terus dibiarkan oleh kerajaan?

Jika seorang pemimpin pembangkang boleh dibakar kereta dan rumahnya, bahkan kereta seorang Ketua Menteri boleh diserang dan dirosakkan, apakah jaminan keselamatan yang boleh diberikan kepada rakyat biasa?

Jelas keganasan seperti ini menunjukkan betapa rendahnya tahap kematangan dan daya intelektual parti pemerintah. Malah, para pemimpin kerajaan UMNO-BN menyatakan bahawa berdebat itu budaya barat.

Kita tanya pula, samseng dan keganasan itu budaya siapa? Jelas sekali kerajaan UMNO-BN yang semakin terdesak hanya mengharapkan sokongan fanatik dan pelampau perkauman sebagai tunjang politik mereka.

Di mana perginya intelek? Di mana perginya budi pekerti? Di mana perginya rasa hormat? Entah ke mana. Hanya tinggal papan tanda usang yang tercatat kata-kata “sopan santun budaya kita”.

Kasihan sungguh mereka yang berada di penghujung usia kuasa. Mereka ketandusan idea, kekuranga pimpinan berwibawa dan merendahkan akhlak sendiri dengan perbuatan ganas yang kurang cerdik.

Jalan keluar untuk UMNO-BN sebenarnya tidak sukar. Tunaikanlah segera janji-janji transformasi politik dan kerajaan. Bersihkan negara dari rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Utamakan rakyat dengan mengurangkan beban ekonomi seperti tol, cukai dan pelbagai bayaran yang tidak perlu dibayar oleh rakyat.

Jika UMNO-BN masih degil, maka pilihannya tentulah Pakatan Rakyat. – Roketkini.com





KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive