Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Mac 30, 2012

UMNO masuk campur urusan SPRM – Ngeh


Beruas 29 Mac – Ada pihak yang disyaki membiarkan United Malay National Organisation (UMNO) campurtangan dalam urusan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga memperolehi maklumat dalaman siasatan yang belum selesai.

Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham, hari ini menuntut pihak SPRM supaya menjelaskan keadaan yang mencurigakan itu.

Menurut beliau, dua hari lalu sebuah akaun Twitter, “Sungai Rapat” telah menyiarkan bahawa Nga Kor Ming, Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis, bakal didakwa di mahkamah berkaitan perniagaan jahitan yang melibatkan isteri beliau sebagai seorang pelabur pasif.

“Akaun ‘Sungai Rapat’ ini dipercayai diselenggara oleh kalangan yang diupah oleh EXCO BN Perak, Dato’ Hamidah Osman,” kata YB Ngeh dalam kenyataan media beliau hari ini. Sungai Rapat adalah kawasan Dewan Undangan Negeri Hamidah.

Ngeh mendakwa bahawa jika pun benar dakwaan akan dibuat terhadap pihak berkenaan, sesuatu yang aneh maklumat sebegitu boleh diketahui UMNO, memandangkan siasatan masih lagi berjalan. Menurut beliau, jika UMNO boleh masuk campur dan memiliki maklumat-maklumat khusus tentang siasatan SPRM ia menunjukkan secara jelas bahawa SPRM tidak sebenarnya bebas.

“Kita minta Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Abu Kassim Mohamed untuk memberikan penjelasan demi mengekalkan integriti SPRM dalam siasatan tersebut,” ujar Ngeh lagi.

Barisan Nasional diketahui menggunakan taktik mengheret pimpinan Pakatan Rakyat ke mahkamah atas tuduhan-tuduhan tidak berasas demi menghalang usaha mereka berkempen menentang salahguna kuasa Barisan Nasional. Antara yang telah dihadapkan ke mahkamah demi mengganggu kerja politik mereka termasuklah Anwar Ibrahim, Karpal Singh, Tian Chua, Tony Pua, Lau Weng San, Mahfuz Omar, Dr Dzulkefly Ahmad dan Dr Hatta Ramli. – Roketkini.com


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive