Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, April 09, 2012

Bapa Altantuya tiba di Malaysia untuk selesai kes saman


(Oleh: Aedi Asri)

KUALA LUMPUR 8 April: Bapa kepada Altantuya Shaariibuu, Setev Shaariibuu tiba di Malaysia hari ini untuk berbincang dengan peguam berhubung saman sivil beliau terhadap kerajaan Malaysia.

Beliau tiba di Terminal Tambang Murah (LCCT) pada pukul 11.30 pagi tadi, ditemani rakannya Loh Mui Fah dan penterjemah yang juga rakan sekelas mendiang Altantuya, Och.
“Saya datang ke sini untuk berbincang dengan peguam, dan mungkin ada bukti baru yang dapat dikemukakan.

“Kes ini memakan masa terlalu lama, dan saya syak kerajaan Malaysia tidak berniat untuk menyelesaikannya,” katanya.

Katanya lagi, beliau berharap rakyat Malaysia tidak akan melupakan kekejaman yang menimpa anaknya, dan memberi sokongan kepada beliau.

Pada 4 Jun 2007, Shaariibuu memfailkan saman sivil RM100 juta kepada kerajaan Malaysia kerana menyebabkan penderitaan terhadap mereka berhubung pembunuhan kejam Altantuya.

Pembunuhan Altantuya dikaitkan dengan urus niaga kapal selam Scorpene dengan Thales International, melibatkan Syarikat Perimekar Sdn Bhd milik Abdul Razak Baginda dan Menteri Pertahanan pada masa itu, Datuk Seri Najib Razak.

Bulan lepas, mahkamah Perancis memutuskan untuk memulakan inkuiri terbuka untuk menyiasat pegawai Perancis yang disyaki terlibat, dan juga komisyen RM570 juta yang diterima Perimekar.

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne yang menjemput mereka berkata, Shaariibuu akan memberi keterangan di inkuiri terbuka itu.
“Beliau dijemput untuk memberi keterangan, namun tarikh belum ditetapkan,” katanya lagi.

KD


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive