Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, April 11, 2012

HABISLAH PAKATAN RAKYAT



ALOQ SETAQ: Sokongan kepada BN semakin meningkat di kawasan utara tanahair termasuk negeri jelapang nangka ini. Hampir sepuluh ribu biji nangka telah dengan secara terbuka menyertai BN baru-baru ini. Kejadian yang berlaku di sebuah ladang ini merupakan perkara biasa menjelang pilihanraya umum yang akan diumumkan tidak lama lagi oleh PM Malaysia.

Kejadian itu disedari pemilik dusun nangka yang dikenali sebagai Pak Hasan Tongkat Ali.Beliau yang mengusahakan buah nangka baka jati melihat perkembangan ini sebagai permulaan yang baik kepada BN dalam merampas kembali negeri jelapang nangka serta negeri cik siti wan kembang.

Sementara itu,Menteri Pembangunan Wanita yang menjaga hal ehwal wanita yang berbadan seperti buah nangka berkata,penerimaan buah-buah nangka terhadap konsep wassup tiyah 1malaysia semakin jelas selepas pemberian wang BR1M (Beri Rasuah 1Malaysia) baru-baru ini.

Bagaimanapun usaha untuk menemubual buah-buah nangka ini menghadapi jalan buntu kerana dihalang oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka PERKOSA.Difahamkan kumpulan ini memang ditugaskan untuk menjaga spesis nangka seperti ini.Antara aktiviti terbaru mereka yang boleh dibanggakan ialah membuat kacau pada majlis perasmian bilik gerakan Pakatan Rakyat di Aloq Setaq baru-baru ini. -Utuseks Meroyan


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive