Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, April 09, 2012

Panas!!! Goyang Gerudi Wasathiyah Di Taiping


Mak Nyah sedang bergelek dengan Efa Radziah dipentas sebelum dinobatkan Ratu Taiping

Mengaibkan..!!!! Mak Nyah di angkat sebagai RATU Taiping dalam Karnival Ziarah For Peace

7 April 2012 jam 9 malam dengan rasa berat kaki aku pergi singgah di Taman Tasek Taiping selama lebih kurang 1jam dilokasi anjuran Karnival Ziarah For Peace yang gagal dirasmikan oleh Ahmad Zahid Hamidi semalam [Klik Sini]. Aku tiba di depan tapak konsert tersebut yang baru selesai berlansung ucapan dari Yang DiPertua Majlis Perbandaran Taiping Sdr. Shahrom bin Dato Abd Malik.

Aku juga dapat tahu konsert hiburan pada malam itu akan menampilkan beberapa artis yang terdiri daripada kumpulan XPDC,MAY dan Bandi AMUK, artis lain aku tak tahu. Artis pertama yang membuat persembahan pada malam itu dengan tarian “Goyang Gerudi” oleh seorang artis dangdut wanita… tak silap aku Sheda…

MasyaAllah..!!! Bergegar Taman Tasek Taiping dengan program Ziarah For Peace konon-nya…mungkin inilah Goyang Gerudi Ala Wasathiyah yang di mahukan UMNO BN agaknya..hahaha…

Selesai “Goyang Gerudi Wasathiyah” aku kuatkan semangat..hahaha..untuk saksikan seorang lagi artis wanita yang juga selibriti TV3 iaitu Efa Razdiah membuat persembahan di pentas.. Pakaianya memang seksi dan seksa bagi aku…hehehe.. Agak memeranjatkan kerana Efa Razdiah membuat persembahan dengan beberapa orang Mak Nyah.Kalau tak silap aku dalam 7 ke 8 orang Mak Nyah diatas pentas. Maka Gegak gempitalah suasana Taman Tasek Taiping dengan gelek-kan Efa Razdiah bersama dengan Mak Nyah.

Selesai sebuah lagu dari Efa Razdiah…” Terima kasih dan berikan tepukan kepada ratu-ratu Taiping…bla..bla..bla”- Ujar Ifa Radziah sambil memperkenalkan Mak Nyah- Mak Nyah yang di anggap ratu Taiping sorang demi sorang kepada penonton dengan nama-nama seperti Ziana Zain Taiping, Fasha Shanda dan sebagai.

Mak Nyah Ratu Taiping..!!!!! Sungguh mengaibkan dan memalukan bagi warga Taiping apabila Mak Nyah di anggap ratu di Taiping. Timbul persoalan bagi aku adakah penganjur dan artis-artis yang dijemput seramai 126 orang itu sedar akan konsep Ziarah yang di bawa dalam Kanival ini..?? Adakah dengan mengangkat Mak Nyah sebagai ratu Taiping membawa unsur positif kepada warga Taiping..???

Aku angkat kaki macam tajuk lagu Sheda...haha.. untuk tinggalkan lokasi apabila hujan mulai turun,semasa bergerak ke kenderaan aku berselisih dengan sekempulan anak muda dalam belasan tahun dengan bau aroma yang amat meloyakan…bau arak… MasyaAllah..apakah objektif dan sasaran program sebegini.. Bagi aku program ziarah ini berjaya membawa keruntuhan moral dan akhlak muda mudi dan masadepan tanah air.

orangni

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive