Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, April 03, 2012

Guru dipenjara 16 bulan rangsang murid lelaki

PUTRAJAYA — Seorang guru sekolah gagal dalam rayuan terakhirnya berhubung hukuman penjara 16 bulan yang dihadapinya bagi kesalahan merangsang dua pelajar Tahun Enam, melakukan perbuatan kelucahan melampau lapan tahun lepas.

Panel Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk K.N.Segara menolak rayuan dikemukakan oleh Muhammad Nizar Shuib, yang juga merupakan guru tuisyen Bahasa Inggeris kepada dua pelajar lelaki itu.

Muhammad Nizar, 31, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak rayuannya berhubung hukuman penjara 16 bulan yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen pada 9 Mei, 2010.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377E, Kanun Keseksaan bagi dua pertuduhan merangsang dua budak lelaki itu yang berumur 14 tahun untuk melakukan perbuatan itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Kubang Pasu, Kedah, antara Mei 2003 dan April 2004.— BERNAMA
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive