Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, April 23, 2012

Umno Terpaksa Melutut Dengan Gerakan Di Pulau Pinang



Pembangkang Pulau Pinang sudah menemui jalan kehancuran
apabila suara


lantang Pengerusi Umno Pulau Pinang, Zahid Hamidi yang
mahukan Umno memegang  jawatan Pengerusi
BN Pulau Pinang telah DICAMPAK begitu sahaja oleh Gerakan.









Parti Melayu Umno terpaksa melutut dengan Setiausaha
Gerakan,  Teng Chang Yeow  yang telah dilantik sebagai pengerusi baru BN
Pulau Pinang.





Zahid Hamidi pernah lantang meminta supaya Umno menjadi
Pengerusi Bn negeri, kerana hanya wakil Umno telah memenangi semua kerusi yang
dikuasai BN di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum lepas.





"Parti Gerakan tidak ada satu kerusi pun di Pulau
Pinang," tegas Zahid.





Pergolakan Bn Pulau Pinang itu menunjukkan bahawa ‘Bangkai’
mereka sebenarnya amat membusukkan… dan kerana itu, mereka cuba menutup isu ini
dengan ‘kononnya’ ramai ahli PR keluar di Pulau Pinang baru-baru ini.







 Ismail mengoyak
gambar Koh Tsu Koon





Beberapa waktu yang lepas, Ketua Umno Bahagian Bukit
Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang pernah mengatakan 'orang Cina sebagai
Pendatang' sebelum ini, sebagai punca desakan dalaman dalam Umno sendiri dan punca
pergolakan ini berlaku.





Pergolakan ini menggambarkan masalah besar Bn yang
dijangkakan turut mencetuskan 'konflik kepentingan' BN di seluruh negara kelak.





KECOH FASAL MELAYU AKAN HILANG KUASA





Tapi… apa boleh buat… Umno Pulau Pinang hanya pandai melalak
terlolong di Pulau Pinang yang mengatakan ke seluruh dunia, bahawa Melayu akan
hilang kuasa…. Tetapi hakikatnya UMNO yang akan hilang kuasa!!!





Bila Hampir Pilihanraya, Utusan Malaysia memainkan
propaganda Nasib Bangsa Melayu yang bertujuan, hanya untuk menakut-nakutkan
pengundi Melayu tatkala kuasa UMNO dalam politik tanahair kian terhakis.





BUKTI MELAYU TAK AKAN HILANG KUASA, MELAYU UMNO HILANG KUASA








Kenapa surat khabar tak keluarkan fakta dibawah ini?





PRU11  -  BN 198 kerusi, BA 21 kerusi, MP Melayu 123


PRU12  -  BN 140 kerusi, PR 81 kerusi, MP Melayu 130





*Kerusi MELAYU PRU 12 = 
UMNO-77,  PAS & PKR 53
(Sekarang Umno 77, Pakatan Rakyat 48, KATAK 5)







reformisanakmuda



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive