Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, April 10, 2012

JINGGA 13 dedah dokumen skandal rasuah Pak Menteri



JINGGA 13

PENDEDAHAN RASUAH SALAHGUNA KUASA YB DATUK ISMAIL SABRI YAAKOB MENTERI KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI ,KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN ( KPDNKK ) YANG TURUT MELIBATKAN SURUHANJAYA KOMUNIKASI MALAYSIA (SKM) DAN TIMBALAN KETUA MENTERI SABAH TERHADAP ISU PELANJUTAN “ ISTIMEWA DAN KHAS “KEPADA KOPERASI TANJONG KERAMAT KOTA KINABALU BERHAD


Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia ( KPDNKK ) telah mengumumkan perlaksanaan GP6 : Garis Panduan Mengenai Kemudahan Kredit Oleh Koperasi dan GP7 : Garis Panduan Mengenai Pembiayaan islam Oleh Koperasi dan berkuatkuasa pada 16 Oktober 2009 , namun ditangguh sehingga 1 Oktober 2010 dan semua koperasi dikehendaki menjalankan urusan pembiayaan daripada Model 3 kepada Model 2.

Ekoran daripada itu , banyak koperasi yang belum bersedia ( majoriti melayu-bumiputera ) dengan model 2 telah diarah dan memberhentikan segala urusan pembiayaan melalui bank komersial dan mengakibatkan kerugian yang besar sehingga ada yang terpaksa membuang pekerja kerana menghadapi masalah kewangan yang besar .

Namun dalam suasana tersebut , adalah amat menghairankan apabila Menteri KDNKK dan SKM telah bersikap dwi standard didapati sebuah syarikat koperasi di bawah CIMB Bank Berhad iaitu KOPERASI TANJONG KERAMAT KOTA KINABALU BERHAD diberikan keistimewaan dan pelanjutan “khas”.

Jingga 13 MENDESAK Menteri KPDNKK Datuk Ismail Sabri Yaakob dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menjelaskan di atas alasan apa membenarkan Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad diberikan penangguhan istimewa dan khas atau pelanjutan tempoh melaksanakan model 2 sedangkan pelaksanaan Garis Panduan 6 dan 7 ( GP6 dan GP7 ) oleh koperasi-koperasi kredit berkuatkuasa pada 1 oktober 2010 ?

Jingga 13 mendedahkan surat Suruhanjaya Koperasi Malaysia kepada Setiausaha Jawatankuasa Portpolio Koperasi DPMM bertarikh 6 Mei 2011 , rujukan SKM.IP(UU): 529A/(31) bertajuk PENJELASAN KOPERASI TANJUNG KERAMAT SABAH BERHAD DENGAN MODEL 3 PEMBIAYAAN CIMB menyatakan:





2. Adalah dimaklumkan pelaksanaan Garis Panduan 6 dan 7 ( GP6 dan GP7 ) oleh koperasi-koperasi kredit telah mula berkuat kuasa pada 1 Oktober 2010. Tiada koperasi lain yang diberi pelanjutan tempoh oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia ( Suruhanjaya ) kecuali Koperasi Tanjung Keramat Kota Kinabalu Berhad sahaja. Perlanjutan tempoh kepada Koperasi Tanjung Keramat Kota Kinabalu Berhad diberikan adalah berdasarkan kepada berikut :

i. Arahan daripada YB Menteri KPDNKK supaya memberi pertimbangan sewajarnya atas rayuan tersebut ;

ii. Terdapat surat rayuan daripada Kerajaan Negeri Sabah yang ditandatangani oleh YB Timbalan Ketua Menteri supaya memberi pelanjutan sehingga 31 Disember 2011 kepada semua koperasi di Negeri Sabah.



Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad telah diberikan penangguhan serta pengecualian istimewa penggunaan Model 2 sehingga 30 Jun 2011.

Jingga 13 juga turut mendedahkan sepucuk surat oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia bertarikh 30 Jun 2011 kepada Pengerusi Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad , bernombor rujukan SKM.IP.(UU)529A/1( ) bertajuk PERMOHONAN MELANJUTAN TEMPOH PELAKSANAAN MODEL 2 GARIS PANDUAN KOPERASI KREDIT BERSAMA CIMB BANK BERHAD OLEH KOPERASI TANJONG KERAMAT KOTA KINABALU BERHAD menyatakan :

2. Dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Koperasi Malaysia ( Suruhanjaya ) dengan persetujuan Y.B Menteri Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan bersetuju memberikan kelonggaran kepada Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad dengan memberi tempoh penangguhan “khas” pelaksanaan GP6 dan GP7 sehingga konsep Hiwalah yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia dalam mesyuaratnya pada 28 Jun 2011 dikuatkuasakan dalam masa terdekat .

Jingga 13 mendesak agar Datuk Ismail Sabri Yaakob selaku Menteri KDNKK menjelaskan terhadap persetujuan ‘penangguhan “khas” ‘ bermula 30 Jun 2011 sehingga sekarang dan tidak dinyatakan tempoh tarikh akhir kepada Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad selagi konsep Hilawah tidak dikuatkuasakan .

Jingga 13 dapati Menteri KDNKK Datuk Ismail Sabri Yaakob telah bersifat dwi standard, tidak adil dan wujud rasuah salahguna kuasa terhadap pengecualian , pelanjutan “khas” dan 'keistimewaan' kepada Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad sedangkan semua koperasi-koperasi kredit dilarang terhadap perlaksanaan model 3 sepertimana yang terkandung dalam Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia iaitu GP6 dan GP7.

Bebarapa buah koperasi telah dibekukan Kod BPA kerana menjalankan aktiviti kredit dilarang mengikut Model 3 – GP6 dan GP7 oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia iaitu :

Bil.

Nama Koperasi

Tarikh Pembekuan Berkuatkuasa

No. Kod BPA Yang Dibekukan

1.

Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad

1 Disember 2010

W0002

W0029

2.

Koperasi Kobaru Berhad

1 Disember 2010

B0107

3.

Koperasi Pendidikan Usahawan Berhad

1 Disember 2010

D0236

4.

Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad

15 Disember 2010

W0015

5.

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad

15 Disember 2010

W0023

6.

Koperasi Sebaguna Pekerja-Pekerja Malaysia Berhad

15 Disember 2010

B0120

B0014

B0122


*dikemaskini sehingga 19 Oktober 2011


Siasatan Jingga 13 mendapati Pengerusi Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad adalah Datin Seri Panglima Hajah Jouyah binti Md Yunin yang merupakan isteri kepada YB Datuk Seri Panglima Yahya Hussin , Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Norazli Yahya ialah Ketua Pegawai Eksekutif juga merupakan anak kepada Datuk Seri Panglima Yahya Hussin dan Datin Seri Panglima Hajah Jouyah binti Md Yunin.

Jingga 13 mendapati wujud rasuah salahguna kuasa Dato Ismail Sabri Yaacob , Menteri KDNKK apabila bertindak memberikan keistimewaan dan penangguhan “khas” terhadap syarikat koperasi milik isteri YB Datuk Seri Panglima Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri Sabah . Berdasarkan siasatan Jingga 13 mendapati syarikat koperasi tersebut ditubuhkan pada 2 Jun 2009 , tiada pengalaman menjalankan aktiviti pembiayaan kredit , diberikan keistimewaan sedemikian rupa berbanding syarikat-syarikat koperasi lain yang sudah mempunyai pengalaman yang cukup lama dalam bidang tersebut tetapi dinafikan sedangkan GP6 dan GP7 diluluskan pada 16 Oktober 2009 .

Pihak SKM memaklumkan akan wujud surat rayuan YB Timbalan Ketua Menteri Sabah yang memohon pelanjutan , namun seluruh Malaysia hanya Koperasi Tanjung Keramat Kota Kinabalu Berhad milik isteri Timbalan Ketua Menteri Sabah dibenarkan beroperasi dan diberikan pelanjutan khas oleh Menteri KPDNKK . Timbalan Ketua Menteri Sabah , Datuk Seri Panglima Yahya Hussin juga wajar menjelaskan berkaitan isu tersebut .

Tindakan kejam dan zalim oleh Datuk Ismail Sabri Yaacob tersebut tetapi menafikan ratusan koperasi-koperasi kredit melayu dan bumiputera lain yang ada terpaksa berdepan dengan risiko ‘gulung tikar dan hidup segan mati tidak mahu ‘ ekoran perlaksanaan GP6 dan GP7 yang tidak membenarkan mereka mengunakan model 3 tetapi memberikan pelanjutan khas kepada hanya sebuah koperasi sahaja iaitu Koperasi Tanjung Keramat Kota Kinabalu Berhad.

Jingga 13 mendesak Datuk Ismail Sabri Yaacob , Menteri KPDKK , Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Datuk Seri Panglima Yahya Hussin , Timbalan Ketua Menteri Sabah menjelaskan isu tersebut kepada rakyat dan warga koperasi kredit yang ternyata wujud rasuah salahguna kuasa atau adakah berkemungkinan berlaku amalan rasuah sehingga keistimewaan diberikan kepada sebuah syarikat koperasi tersebut cukup luar biasa ?

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator Jingga 13





sharpshooterblogger


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive