Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, September 25, 2012

Taib Mahmud: Manusia terkaya di Malaysia – apa, kenapa dan bagaimana?

Oleh Hafiz Zainuddin

Pembongkaran terhadap kekayaan maha luar biasa Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud dan keluarganya bernilai sekitar US$21 billion menyebabkan tidak sedikit rakyat negara ini yang terkejut.



 Malah, kekayaannya mungkin dicemburui hartawan-hartawan negara pasca DEB-Mahathir yang lain termasuklah Syed mokhtar Al-Bukhary apalagi pemegang rekod manusia terkaya di Malaysia sebelum ini Tan Sri Robert Kuok.

Baru-baru ini sebuah NGO bernama Bruno Manser Fund (BMF) yang berpengkalan di Switzerland telah menganggarkan aset keluarga Taib Mahmud bernilai US$21 billion (RM64 billion), manakala kekayaan Taib sahaja bernilai US$15 billion (RM46 billion).

Selain bumi Sarawak yang digondol Taib dengan pembalakan haram, kemakmuran negeri tersebut turut dikongsi secara peribadi tentulah bersama anak-beranaknya sendiri biarpun sebahagian besar rakyat pinggir bandar dan pedalaman negeri Sarawak hidup dalam keadaan serba kekurangan dirantai kemiskinan.

Kekayaan Taib itu lantas menjadikannya manusia terkaya di Malaysia menewaskan Robert Kuok seorang hartawan yang memiliki US$12.5 billion.

Mungkin pendedahan ini akan membanggakan juak-juak fanatis UMNO dengan andaian. “Baguslah ada orang Melayu lebih kaya dari orang Cina.”

Pendedahan mengejutkan: adakah SPRM akan jatuh dayus?

Laporan oleh Bruno Manser dengan tajuk ‘The Taib Timber Mafia: Facts and Figures on Politically Exposed Persons from Sarawak, Malaysia’ telah didedah dan dikeluarkan di Brussels dan kini ia boleh didapati melalui capaian internet.

Ini merupakan laporan pertama dengan gambaran terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi termasuk 20 ahli keluarga Taib di Malaysia, Australia, Canada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain negara.

Jelas, laporan ini bertujuan bagi meletakkan tekanan ke atas ‘empayar’ pembesar Sarawak itu dan memberikan bukti nyata kekayaan Taib kepada badan penyiasatan, wartawan, rakyat Sarawak dan pihak-pihak yang berminat.

Persoalannya, apakah kekayaan luarbiasa yang menimbulkan jutaan tanda-tanya ini akan disiasat agensi anti rasuah negara SPRM?

Sekiranya bekas MB Selangor Dr. Mohamad Khir Toyo telah disiasat malah didapati bersalah, begitu juga Teoh beng Hock yang disiasat ‘hingga mati’ bagi jumlah tuduhan penyelewengan yang teramat kecil, bagaimana pula dengan Taib? Apakah SPRM cukup berani?

Adakah Ketua Pengarah SPRM pusat akan meletak jawatan sekiranya beliau tidak mampu untuk menanggung beban kes dan beban fail Taib yang bertimbun kelak?

Siapa lagi BMF siasat?

Selain laporan terkini kekayaan Taib, BMF dalam laporannya sebelum ini telah membandingkan kekayaan keluarga Taib dengan keluarga bekas presiden Indonesia Suharto dan bekas presiden Filipina, Ferdinand Marcos.

Kedua-dua keluarga itu dilaporkan telah menggelapkan antara US$15 bilion dan US$35 bilion, juga di antara US$20 bilion dan US$900 bilion.

Menurut laporan BMF, ia percaya kajian yang dijalankannya hanya menunjukkan sebahagian kecil kekayaan Taib kerana ada kemungkinan besar kebanyakan aset keluarga Taib tersembunyi di luar negara atau di kawasan luar persisiran yang mana maklumat adalah sukar untuk diperolehi.

Anak-beranak dan adik beradik Taib yang untung

Dengan jaringan 400 buah syarikat di seluruh dunia, BMF menganggarkan nilai bersih harta 20 ahli keluarga Taib yang digabungkan hampir US$21 bilion. Laporan tersebut menyatakan empayar taib ini  dibina melalui kawalan hampir menyeluruh terhadap politik dan ekonomi negeri Sarawak dalam tempoh 30 tahun Taib memegang tampuk kuasa.

Laporan sebanyak 45 mukasurat tersebut telah menonjolkan kekayaan adik Taib iaitu Onn Mahmud yang merupakan orang yang kedua terkaya di kalangan ahli keluarganya dengan nilai bersih yang dianggarkan US$2 billion.

Anak sulung Taib bernama Mahmud Abu Bekir yang menjalankan perniagaan pembinaan, hartanah dan tenada di Sarawak berada di tempat ketiga dengan US$1 billion.

Ranking seterusnya adalah anak perempuan Taib yang menetap di Kanada, Jamilah Taib Murray (US$1 bilion), adik Taib salah seorang usahawan balak Tufail Mahmud (US$500 juta), adik perempuan Taib Raziah Mahmud (US$500 juta), anak perempuan Taib, Hanifah (US$400 juta) dan anak lelaki Taib, Sulaiman (US$300 juta).

BMF turut melaporkan mengenai pertikaian antara Mahmud Abu Bekir Taib dan bekas isterinya Shahnaz Abdul Majid yang menuntut RM400 juta muta’ah serta pembahagian harta sepencarian, dan perbicaraannya yang masih berterusan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada hari Isnin memandangkan tiada tawaran penyelesaian daripada peguam Mahmud untuk menyelesaikan pertikaian yang telah berlrutan lama.

Persoalan kreadibiliti Najib dan niat suci SPRM

Sebagaimana hasrat dan cita-cita murni SPRM untuk menjadi badan anti-rasuah yang benar-benar bebas, berani dan professional setanding Independent Commission Against Corruption (ICAC) di Hong Kong, adakah mereka bakal menempuh jalan berliku atau tersadung perihal kes kekayaan luarbiasa Taib Mahmud ini?

Malah, kenyataan Najib dalam satu sidang medianya supaya ‘jangan layan dakwaan yang bermacam-macam’ menimbulkan persoalan, adakah Najib cuba melindung jerung besar ini demi kepentingan politiknya?

Apakah kekayaan Taib Mahmud akan diperah Najib untuk dibuat modal memenangi Pilihanraya Umum ke 13 akan datang dengan ‘janji rahsia’ meneruskan jawatan Ketua Menteri Sarawak itu jika BN menang disana atau, setelah habis madu Taib diperah, lantas sepah dibuang?

Kita tidak punya kuasa seperti SPRM, kita cuma mampu untuk tunggu dan lihat siapa yang lebih bijak samada Taib, Najib, SPRM atau rakyat? – Roketkini.com


DD

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive