Rasanya ini bukan perkara baru,kerana ramai orang pernah mendapat sms seperti ini:
From +601119523091
RM0.Your card
tlah brjaya dan
menangi hadiah
GRAND PRIZE.dr
Shell (M) BHD
RM20,000.00
No siri 9R 247 YK
Sila dail talian :
017-8154-978
www.sms-promo.co.cc
Ianya dah lama berlaku,cuma yang terbaru ini sindiket penipuan tersebut menggunakan laman web bagi meyakinkan lagi orang ramai.
Jika anda melayari laman web yang dinyatakan iaitu www.sms-promo.co.cc , anda akan dapat membaca terma-terma dan syarat yang diolah menggunakan bahasa yang tunggang-langgang,campuran bahasa Malaysia dan Indonesia:
Berikut adalah terma-terma dan syarat yang dinyatakan:
- Peraduan ini dianjurkan oleh Shell (M) Sdn Bhd dan terbuka kepada semua penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
- Individu-individu berikut tidak layak untuk menyertai peraduan ini:
- Kakitangan pihak Penganjur (termasuk anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat berkaitan) dan keluarga mereka (kanak-kanak, ibu bapa, adik-beradik, pasangan dan saudara terdekat); dan / atau
- wakil, pekerja, kakitangan dan / atau agen-agen syarikat-syarikat pengiklanan dan / atau pembekal perkhidmatan promosi Penganju (termasuk anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat berkaitan) dan keluarga mereka (kanak-kanak, ibu bapa, adik-beradik, pasangan dan saudara mara yang rapat).
- SMS peraduan cabutan bertuah hadiah mingguan Shell (M) Sdn Bhd itu melalui pengacakan Nombor telepon bimbit mulai dari (A) DIGI, CELCOM, MAXIS, HOTLINK. dan diantarkan melalui message / sms oleh pihak Shell (M) Sdn Bhd.
- Bagi pemenang yang bertuah atau yang sah akan di antarkan melalui message atau sms dari syarikat Shell (M) Sdn Bhd.
- Pemenang SMS cabutan bertuah hadiah mingguan akan di antarkan masuk melalui account bank & proses melalui mesin ATM (A) Sebagai pengesahan pemenang simcard bertuah itu melalui Top up/Reload: DIGI, CELCOM, MAXIS/HOTLINK
- Untuk pihak yang berjaya mendapatkan sms hadiah cabutan bertuah di himbau untuk merepotkan (No.siri: xR xxx YK) yang nampak pada sms
- Pemenang yang mendapatkan SMS hadiah mingguan di himbau untuk dail nombor talian Shell (M) Sdn Bhd yang tersediah pada message / SMS (A) U/information maklumat lanjut sila dail office : 03-13355-0350 / 012-8191-536
- Promotion SMS cabutan bertuah hadiah mingguan yang telah diadakan oleh Shell (M) BHD, sudah di sahkan langsung oleh pejabat MENTERI & PDRM
- Hati-hati terhadap penipuan melalui message / sms (A) SMS yang sah telah diadakan oleh Shell (M) Sdn Bhd telah di lengkapi website yang nampak pada message / sms.
- Promotion sms predaduan cabutan bertuah hadiah mingguan yang diadakan oleh Shell (M) Sdn,telah bekerja sama dari pada......
Lebih berani mereka juga menggunakan logo Polis serta peraduan ini juga dikatakan telah disahkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Sila rujuk di sini: http://www.sms-promo.co.cc/terma.html
Namun berdasarkan apa yang dipaparkan laman web http://www.sms-promo.co.cc/ ternyata ianya bukan laman rasmi Shell Malaysia kerana terdapat banyak pautan yang tidak boleh di klik serta terdapat banyak kesilapan ejaan dalam terma-terma dan syarat peraduan.Sindiket tersebut menggunakan laman web yang mereka kendalikan sendiri bagi mengabui mata orang ramai.
Harapan kita pihak polis dapat menyiasat perkara ini agar tiada yang menjadi mangsa penipuan.
KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
err.. polis sibuk laa bhai. mana ada masa nak siasat benda2 remeh mcm ni. polis semua dok sibuk ikut ahli politik PR, jadi bodyguard pak menteri, jaga demo (tukang pukul?).
BalasPadamaku benci polis malaysia
BalasPadammemang polis ada makan komisen projek ni...polis siasat polis hahaha,dah byk fail terburai sebelum ni
BalasPadamBetul, saya pun salah satu mangsa sindiket juga.. Ini no sindiket tersebut =0128373657 bentuk sms; promotions's tahniah sim kad a da tlh meraih hadiah percuma RM20,000.00dari bonus link NO PIN 552299 sila call di talian 0128205502
BalasPadamSHELL SDN BHD
POLIS NI MAKAN TAHI KE NASI?? ASYIK IKUT BELAKANG BONTOT ORG POLITIK BUAT APA?? POLIS TAK PAYAH JADI POLIS LA... BAIK JADI ORG CUCI TANDAS KAT RUMAH ORG POLITIK
BalasPadamsy pn nyaris2 jdi mngsa tdi..nsb bek sy layari laman web shell yg rasmi dlu...klu x..sia2 je...mne ad org nk bg kte duit pastu dia suh kita tgglkn baki dlm bank 1000.....
BalasPadamsy dpt sms sbijik g mcm kt ats tu...nsb bek sy perasaan ejaan dorg tunggang langgang....smpi ble la bnda nie nk bia blarutan...klu di bia akn rmai lgi yg jdi mngsa dorg...mmg sial la hdup dorg klu mkn hasil duit tpu dorg.....mati lg bgusss....yg pihak bkuasa jln kn la tggungjwb anda dgn sejujur2nye...ble lgi kta nk bantu rkyat kita yg asik kne tpu dgn org lua jeee...
BalasPadamSaya baru je terkena... iaitu 07/01/2014...celaka punya org.... dio org beritahu yg simkad sy kena cabutan bertuah di shell.... sebanyak rm 20,000...untuk banking in duit yg banyak, dlm akaun sy kena ada rm1000....itu lah syarat bodoh mereka bg kat sy..... hahaha
BalasPadamTIME MACAM NI LA KORANG SALAHKAN PIHAK POLIS...BILA SUSAH TAHU PULAK TAHU PULA KELANG KABUT CARI POLIS MINTA PERTOLONGAN,PELINDUNGAN...TU LA ORANG SEKARANG CAKAP JE..BILA DAH KENE KAT DIRI SENDIRI BARU TAHU..
BalasPadamSye tdi da terkena siap sye pegi maybank cek baki,pastu dia suruh tekan maybank phone banking,,nasi baik dlm bank baki tinggal rm5.35 je,,pastu dia suruh masukkan rm300 untuk pancing rm5k tu masuk akaun,,ape ke bangang punya penipu ni..da la ayat yg dia guna tu mix indon..
BalasPadamSaya pon kena jugak tadi menang dari shell m rm20000 kena bank in rm400000..kepala hotak dia.bongok betul endon tu..nasib baki dalam bank ada rm20 lebih..kalau nak ambik je lah 20 tu hahaha
BalasPadam