Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, September 07, 2012

Model Sambilan Minta Maaf Pada Rakyat Malaysia

Remaja 19 tahun yang menyerah dirinya kepada polis semalam berkata dia tidak tahu perbuatan itu adalah berbaur hasutan, dan potret itu memang sudah berada di atas lantai.KUALA LUMPUR: Seorang model sambilan hari ini memohon maaf kerana memijak potret perdana menteri Najib Tun Razak di Dataran Merdeka pada malam sambutan hari kebangsaan.

Ong Sing Yee, 19, yang telah ditangkap dan digari apabila dia menyerah diri kepada polis di Johor Baru semalam, mendakwa bahawa perbuatan beliau tiada niat jahat.“Saya tertanya-tanya apabila saya melihat orang lain berbuat demikian, jadi saya ikut. Saya tidak tahu ia adalah berniat jahat, “katanya, membaca pernyataan skrip pada sidang akhbar di ibu pejabat DAP di sini.

Apabila ditanya kemudianya kepada siapa dia memohon maaf, dia berkata “rakyat Malaysia”.peguam DAP Eric Tan, yang turut hadir, cepat-cepat menambah bahawa rakyat Malaysia itu “termasuklah Perdana Menteri”.Ong berkata dia tidak memiliki potret mahupun menyimpan perasaan benci terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

–FMT****

Double standard, bagaimana dengan samseng Penang, adakah mereka akan mohon maaf kepada KM LGE?Bagaimana pula dengan mereka yang tunjuk punggung di depan rumah Ambiga? Mereka yang bakar potret KM LGE? Perkasa yang mengasap colok depan potret KM LGE? Bukan hasutan?

Bila BN buat OK, bila orang lain buat tak OK. Apakah mesej yang ingin mereka sampaikan? Penyokong BN adalah emas manakala penyokong Pakatan adalah besi karat? Double standard.Kiter harap yang Ong Sin Yee dan pemuda lain tidak akan putus asa berjuang untuk bangsa Malaysia yang lebih adil.

Tempat di IPT yang adil, >5A buat degree, <5A diploma, <4A sijil, 0A jadi pembantu rumah dan buruh. Pendidikan yang lebih baik, pandai ajar pandai bukan bodo ajar pandai, tak logik.

Peluang kerja gomen yang lebih adil, malas & makan gaji buta dibuang, rajin dan proaktif dinaikkan pangkat.Kiter boleh lihat selepas insiden ini lebih banyak anak muda akan menyokong Pakatan. Semua orang akan ingat bila genster Penang terlepas melalaui undang-undang double standard.
Published with Blogger-droid v1.7.4
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive