Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, September 07, 2012

KHUTBAH JUMAAT PUN DAH JADI BULETIN UMNO TV3SUKU


DEY MACHA!!!
PASAI PA JAKIM TAK TEGOQ LANGSUNG
KES PERKASA BALING KASUT DALAM MASJID?
YANG DIA PI UTAMAKAN KES GAMBAQ KENA PIJAK
PADAHAL YANG TU GAMBAQ SAJA...
BALING KASUT DALAM MASJID ITU REAL
KESIAN LA BILA JAKIM LEBIH MEMENTINGKAN GAMBAQ DARI MASJID
KAH! KAH! KAH!




Khutbah Jumaat terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menyelar tindakan menghina pemerintah, antaranya dengan memijak gambar dan mahu menukar bendera negara ini.

Dipercayai merujuk kepada insiden dalam perhimpunan Janji Demokrasi di ibu negara pada malam ambang merdeka, mimbar juga menegaskan tuntutan mentaati dan menghormati pemerintah.

"Namun, persoalan besar timbul pada hari ini, mengapakah terdapat segelintir rakyat yang tidak bertanggungjawab dan cinta kepada negara sendiri sehingga sanggup menghina pemimpin dan negara, memijak gambar pemimpin serta sanggup membakar dan menukar bendera negara?" khutbah itu dipetik.

Khutbah bertajuk "Kesetiaan kepada Pemerintah" itu juga menyebut, insiden sebegitu menunjukkan semangat patriotik telah terhakis dan dipengaruhi oleh anasir luar yang cuba menjatuhkan martabat pemerintah dan negara ini.

"Perbuatan sebegini adalah mencerminkan rendahnya akhlak, tidak berintegriti, tidak bertamadun dan biadab.

"Mimbar ingin menyatakan bahawa dalam semua aspek umat manusia perlulah membina semangat patriotik kerana ia menjamin kesejahteraan dan kecintaan rakyat kepada negara," menurut khutbah itu lagi.

Sementara itu, khutbah juga menegaskan pendirian Ahli Sunah wal Jamaah supaya mentaati pemerintah, yang merujuk kepada:

Mentaati dalam urusan kebaikan, termasuk merealisasikan perintah yang makruf dan membantu dalam urusan kebaikan yang diperlukan.
Menghormati dan memuliakan kedudukan pemerintah serta sentiasa mendoakan kebaikan kepada mereka.
Melaksanakan kebaikan bersama pemerintah.
Membenci maksiat dilakukan pemerintah dan mengingkari keburukannya dengan cara nasihat dan kaedah berlandaskan syarak.
Tidak berusaha untuk menjatuhkan, membelot, menzahirkan sifat membangkang terhadap kepimpinan dan tidak menghina atau mencela mereka.
"Islam mengajar umatnya agar kasih kepada pemerintah dan negara kerana ia sebahagian daripada tanda keimanan," kata khutbah itu lagi.-MK


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive