Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, September 24, 2012

Najib Tak Bertanggungjawab – Lim Kit Siang


KUALA LUMPUR, 23 SEPTEMBER : Tragik dan sedih, itulah ungkapan yang cuba digambarkan oleh Lim Kit Siang berhubung kenyataan Najib Tun Razak berkaitan dakwaan terbaru ke atas Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak yang memiliki aset berbillion dolar.
Menurut Kit Siang lagi, respon Najib Razak itu tidak bertanggungjawab apabila Najib menganggap semua dakwaan ke atas Taib Mahmud itu sebagai ‘jangan dilayan’.
“ Ini merupakan  respon yang paling mengecewakan dan juga tidak bertanggungjawab oleh Perdana Menteri ke atas laporan terkini dan menggemparkan oleh Bruno Manser Fund (BMF)”, kata Kit Siang.
Dalam laporan terbaru itu, sebuah NGO berpengkalan di Switzerland telah menganggarkan aset keluarga Taib Mahmud bernilai US$21 billion (RM64 billion), manakala kekayaan Taib sahaja bernilai US$15 billion (RM46 billion) lantas menjadikannya manusia terkaya di Malaysia menewaskan Robert Kuok seorang hartawan yang memiliki US$12.5 billion.
Dalam perkembangan yang berkaitan, laporan BMF yang bertajuk ‘The Taib Timber Mafia: Facts and Figures on Politically Exposed Persons from Sarawak, Malaysia’ yang telah dikeluarkan di Brussels itu turut mendedahkan bagaimana Taib Mahmud telah mengumpul kekayaan hampir USD 21 billion yang terbahagi kepada 400 syarikat seluruh dunia.
Kit Siang turut menyoal adakah respon Najib ini merupakan langkah awal bertujuan untuk menghantar mesej jelas bukan sahaja kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tetapi juga Menteri-Menteri dan penyokong Barisan Nasional di Parlimen supaya tidak melayan dan menjalankan siasatan berhubung laporan BMF ini.
Mengulas mengenai perkembangan tersebut, Ketua Parlimen DAP ini turut mendesak Najib untuk bertindak dan mengisytiharkan dengan jelas tugas SPRM dan menggunakan laporan BMF itu bagi memulakan siasatan penuh, menyeluruh dan meluas ke atas tuduhan “korupsi besar” yang dilakukan Taib dan keluarganya sepanjang 31 tahun Taib menyandang jawatan Ketua Menteri Sarawak.-roketkini.com



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive