Rabu, September 05, 2012
Guan Eng mahu pengerusi BN Pulau Pinang jelaskan isu dua pemimpin Umno untung RM5 juta jual tanah Melayu
KUALA LUMPUR,4 Sept — Ketua menteri (KM) Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mahu pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chan Yeow, menjelaskan isu dua orang pemimpin Umno Pulau Pinang yang sering mendakwa sebagai pembela kaum Melayu memilih untuk mengaut keuntungan sebanyak RM5 juta dalam jangka masa tiga setengah bulan sebagai broker tanah tetapi enggan berkongsi keuntungan tersebut dengan 31 pemilik tanah Melayu.
Menurut Lim, Teng memilih untuk mempertahankan kedua-dua timbalan pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan pengarah pilihan raya BN Pulau Pinang, Datuk Omar Faudzar, kerana mengaut keuntungan RM5 juta daripada jualan tanah yang dimiliki 31 pemilik tanah Melayu di Kampung Terang, Balik Pulau, sebagai satu urusan perniagaan.
“Teng jelas lupa bahawa sebagai pemimpin politik, kepentingan awam menuntut bahawa urusan perniagaan kedua-dua pemimpin UMNO ini harus selari dengan jawatan politik yang disandangi,” kata Lim dalam kenyataan media yang dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini.
“Adakah ini cara pemimpin-pemimpin UMNO melindungi hak pemilik tanah Melayu dengan membeli tanah mereka pada harga yang murah kemudian menjualnya pada harga yang tinggi, dan menelan 100 peratus keuntungan yang didapati?” tanya Lim.
“Saya kesal bahawa Musa bukan sekadar enggan menerangkan mengapa beliau tidak mahu berkongsi keuntungan RM5 juta tersebut dengan 31 orang pemilik tanah Melayu, tetapi apabila disoal beliau berlaku emosi dan bersikap tidak rasional serta menyerang saya sebagai rasis kerana menimbulkan isu kepentingan awam ini.”
Menurut setiausaha agung DAP itu, keengganan Teng untuk memberi penjelasan adalah serupa dengan taktik menabur fitnah demi fitnah tanpa bukti terhadap pemimpin-pemimpin PR.
“Bermula dengan pemalsuan foto Google dalam kes projek-projek bukit untuk mengutuk kerajaan negeri PR, Teng masih lagi belum menunjukkan bukti bahawa saya, empat ahli Exco iaitu Chow Kon Yeow, Phee Boon Poh, Wong Hon Wai dan Danny Law serta ADUN Komtar Ng Wei Aik mempunyai kepentingan peribadi dalam projek hospital swasta Taman Manggis,” kata Lim.
“Kini Teng cuba untuk menjelaskan kegagalan BN untuk menunaikan janji untuk membeli tanah 1.1 ekar di Taman Manggis pada harga RM450 sekaki persegi untuk tujuan pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dengan mengatakan bahawa kerajaan negeri belum lagi memberi surat rasmi kepada BN. Ini merupakan satu syarat baru yang tidak pernah disebut oleh BN.
“Untuk memastikan Teng tidak dapat mengelak dengan membuat janji-janji dan dakwaan yang tidak berasas, saya telah mengarahkan setiausaha politik saya Ng Wei Aik untuk menulis surat rasmi yang akan dihantar kepada pejabat Teng supaya BN boleh membeli tanah itu pada harga RM450 sekaki persegi untuk tujuan PPR.
“Keuntungan daripada penjualan tanah itu kepada BN akan digunakan untuk pembinaan perumahan mampu milik oleh kerajaan negeri di kawasan Pulau, terutamanya di Jalan SP Chelliah,” kata Lim.
Beliau kemudian mempersoalkan apakah BN akan membayar lebih RM22 juta sebelum pilihan raya umum yang akan datang untuk membeli tanah tersebut untuk pembinaan PPR atau adakah ini hanya sandiwara murahan sempena pilihan raya yang semakin hampir.-TMI
KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2012
(1452)
-
▼
September
(142)
- Lagi Pemimpin BN Sabah Bakal Sertai PKR ???
- BONGKAR!!! Penipuan SPR - 64,100 Pengundi Pos Dida...
- LAWAK AHAD: 6 TIN SUSU
- NOH OMAQ BERMIMPI NAK JADI MB SELANGOQ?>
- Najib serang saya, tapi diajak debat lari bawa beg...
- SEMUA KENA KENCING PASAL BONUS
- GEMPAR TETAPI BENAR!!!!!... PENGANALISIS POLITIK T...
- LAGI BUKTI JANJI DICAPATI
- Jantan atau betinanya Najib ditentukan isnin ini
- WASPADA UMPAN NAJIB !!!
- Kisah Benar - Gadis Yang Sindir Dan Mempertikai Hu...
- Mudarat air ketum sama seperti dadah
- Video panas! Upah RM200 untuk pindah tempat mengundi
- KANTOI! Video Gadis 'Solehah' Dalam 'Jet Peribadi ...
- AWAS!!! SINDIKET PENIPUAN TERBARU MELALUI SMS
- BUDAK PERMPUAN DIROGOL TEPI TANGGA
- Ahli Perniagaan Mengaku Sediakan Jet Pada Anwar
- Keputusan pilihanraya kampus UIA digantung
- KEPUTUSAN SUKU AKHIR PERTAMA PIALA MALAYSIA 25/9/2012
- PR Bentang Bajet Alternatif Rabu Ini
- BM-Premium B IP BM-Premium C IP | Print | Ber...
- Mamaaaaa…kepala Adik dah pecah!
- Ketua Pemuda Umno Kepong Cedera Parah Ditikam
- Taib Mahmud: Manusia terkaya di Malaysia – apa, ke...
- UMNGOK BIKIN FILEM "AYAQ NAIK KEPALA"
- Najib Tak Bertanggungjawab – Lim Kit Siang
- SANGGUP HANTAR GAMBAR BOGEL
- GEMPAR!!! MAYAT MASIH HIDUP DI DALAM KUBUR
- LAWAK AHAD: DOKTOR GILA
- SAMAN AUTOMATIK BEROPERASI MULAI MALAM INI
- NAJIB COVERLINE TAIB MAHMUD
- Video Lawak: Speaker (UMNO) Melaka Kutuk UMNO
- JAHANAM... ZAMAN HITLER PUN DAH ADA GANGNAM
- BUKTI PENDIDIKAN DI MALAYSIA LEBIH BAIK DARI AMERI...
- VIDEO HIMPUNAN MEMBANTAH FILEM HINA NABI MUHAMMAD ...
- GAMBAR TERKINI DEMONSTRASI BANTAHAN HINA NABI S.A.W
- 5 FAKTA ELAK PENYAKIT YANG PERLU ANDA TAHU
- UMNO MAKIN MEROYAN,ROBOH PAPAN TANDA TADIKA PASTI
- DISAMAN KERANA FITNAH SKANDAL SEKS
- KARTUN MALAM JUMAAT
- SAKSIKAN VIDEO PALING NAKAL
- LIHAT BETAPA SENANGNYA LAPTOP ANDA DICURI
- BAJET CIPUT ADA HATI NAK JADI SAMSENG
- PENIPUAN KUOTA HAJI PECAH... BUKAN MALAYSIA SAJA D...
- Laporan Polis Ke Atas Ismail Sabri Yaakob Pulak Dah
- BETOI KA NAJIB BALAS DENDAM?
- KANTOI! TNC Universiti Malaya Didakwa Campurtangan...
- 55 TAHUN:PEMANDANGAN MACAM NI HANYA DI JUMPAI DI S...
- BAHAYA NI BEB... JANGAN-JANGAN UNDI PUN COPY PASTE
- BANDUAN LARI KETIKA KEMALANGAN KERETA POLIS TELAH ...
- SIASATAN MASIH BERJALAN TAPI MENTERI DAH NAK DAKWA
- BANDUAN LARIKAN SENJATA API DALAM KEMALANGAN KERET...
- PANAS!!! PUNCA BAS PKR DIBALING CAT TELAH DIKENAL ...
- Netbook 1Malaysia: Rosak sebelum sempat digunakan
- BURUNG WALIT!!! Mai tengok Samseng Noh Omar mengamuk
- BETOI KA KONSPIRASI SEDANG BERLAKU DI CRYSTAL CROWN?
- AireTalk : Aplikasi Telekomunikasi Android Semua D...
- Ada skandal baru rupanya depa ni...
- TAIB MAHMUD DAH KECUT PERUT
- INI DIA 12 EKOR BANGSAT DISEBALIK FILEM HINA NABI ...
- Koleksi Pimpinan UMNO Yang Jilat Ludah Sendiri Di ...
- GANGNAM SAMPAI TERLONDEH SELUAQ
- FILEM KISAH TRAGIS TEOH BENG HOCK
- JELAJAH MERDEKA PAKAI KERETA KEBAL
- LAWAK AHAD: PEMIMPIN UMNO BERCAKAP DENGAN KERUSI
- AS tahan lelaki disyaki terbit filem hina Nabi
- Pelajar 15 Tahun Ditahan Berasmara Di Belakang Sek...
- Muhyiddin tak perlu tipu rakyat Kelantan
- Mangsa sesat di Lata Bayu maut dipatuk ular
- KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA 14/9/2012
- Video Aksi Samseng Baling Cat Merah Di Wisma DAP
- Wisma, 2 premis DAP lagi ‘disimbah’ cat
- [BERGAMBAR] Ribuan Banjiri Himpunan Hijau Ke Putra...
- KEUTAMAAN MENGERJAKAN SOLAT DHUHA
- Ganggu Suaram, BN takut skandal Scorpene terbongkar
- GAMBAQ SEMPOI MALAM JUMAAT
- Lagi Blogger Umno Kantoi Di Mahkamah
- Sumbang Mahram: Setiausaha Kerja Umno Hulu Terengg...
- Duta AS ke Libya terbunuh, bersama-sama dengan 3 r...
- Untuk Yang Dah Berkahwin: Jangan Lupakan Perkara I...
- DEMO AYAQ NAIK KEPALA
- Wanita Berbogel, Halang Kekasih Suami Dapatkan Raw...
- GAMBAR PANAS UMNO PANDAN
- PENIPUAN WANG RAKYAT... ZAHID KENA JAWAB
- Soi Lek terima 'wang kertas orang mati'
- VIDEO JARINGAN MALAYSIA 0-2 VIETNAM
- LIVE: MALAYSIA VS VIETNAM
- Cubaan Rogol Dalam Tandas Universiti Di Melaka
- PANAS!!! MOHON SEBARKAN MAKLUMAT KERETA DICURI
- TAK DAK AYAQ TAPI TAK MASUK TV PUN
- PANAS!!! VIDEO YANG BAKAL DIDEDAHKAN TV3SUKU MALAM NI
- Tiga Restoran Shahrizat Di Singapura Ditutup
- PANAS!!! ABBY DITUDUH JUAL BADAN
- VIDEO: INI DIA SUSPEK DISYAKI LEMPAR CAT MERAH
- INI BUKAN VIDEO LUCAH BEB
- PM beri lampu hijau pada samseng? Saifuddin mahu t...
- VIDEO BUKTI PENCACAI UMNGOK DAH TAK DAK MODAI
- LIVE: MALAYSIA VS INDONESIA
- ADUN KENA TUMBUK
- LAWAK AHAD: BERCUTI
-
▼
September
(142)
Saya lebih percaya LGE daripada sesetengah peminpin besar BN.
BalasPadam