Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, September 12, 2012

Wanita Berbogel, Halang Kekasih Suami Dapatkan Rawatan


China – Zhang Shih, 38, dari Linyi, didakwa telah melanggar jirannya, Wang Lu dan anak perempuan Wang berusia empat tahun selepas mengesyaki wanita itu mempunyai hubungan dengan suaminya.

Kemudiannya dia nekad berbogel dan berbaring di depan ambulans semata-mata bagi mengelak kekasih suaminya dan anak wanita berkenaan yang cedera parah dibawa ke hospital.

“Dia menanggalkan semua bajunya dan berbaring di depan ambulans tersebut.

“Dia juga tidak mengendahkan anggota polis yang mengacukan pistol ke arahnya malah dia telah menumbuk perut seorang kakitangan perubatan yang cuba memberikan bantuan segera kepada anak mangsa,’’ kata polis.

Keadaan ini menyebabkan budak perempuan itu meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya manakala ibunya pula kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Zhang yang juga seorang guru sekolah menengah, kini berdepan dakwaan membunuh dan cubaan membunuh.

Jika sabit kesalahan, dia bakal berdepan hukuman mati.

Dalam pada itu, akhbar tempatan melaporkan Zhang telah menjalani ujian psikologi.

Sementara itu, tindakan tidak waras itu Zhang itu telah dirakamkan dan dimuat naik dalam internet. Ia setakat ini telah disaksikan sebanyak 600,000 kali sejak 6 petang semalam dan menarik lebih 10,000 komen.

malaysiasensasi


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

  1. Nak tengok videonya di http://bestoneoffour.wordpress.com/2012/08/30/wanita-bogel-menghalang-ambulans-dari-membantu-mangsa-kemalangan-video/

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive