Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

Kasi like saja apa ada hal...

Biaqpila on Facebook
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, September 15, 2012

Muhyiddin tak perlu tipu rakyat Kelantan


KUALA LUMPUR: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya Kelantan sudah maju jika di bawah BN, dilihat cuba menipu rakyat negeri itu.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Muhyiddin tidak perlu mengungkap penipuan seperti itu kepada rakyat Kelantan semata-mata mahu mendapat sokongan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Menurutnya, rakyat Kelantan tidak mudah ditipu dengan cakap-cakap politik seperti itu kerana sudah tahu realiti sebenar yang berlaku.

"Sebelum dia sebut nak majukan Kelantan dia kena buktikan dulu BN sudah majukan negeri lain.

"Rakyat Kelantan nak tanya dia, apa sudah jadi di Sabah dan Sarawak. Negeri paling banyak hasil tapi rakyat paling miskin," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau ditemui pada Majlis Jamuan Santai Tertutup sempena Aidilfitri anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia di Dewan Datuk Fadzil Noor di KUIZM malam tadi.

Muhyiddin ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Bharu semalam mendakwa, Kelantan sepatutnya sudah menjadi sebuah negeri maju jika ia bersama Barisan Nasional (BN) sejak lebih 22 tahun lalu.

Beliau juga menyatakan bahawa BN mahu memberi ruang yang cukup untuk Kelantan berjaya, jika diperintah BN kelak.

Mengulas lanjut, Nik Mohamad Abduh yang juga anak kepada Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkata, jika BN ikhlas mahu memajukan Kelantan, mereka tidak perlu tunggu memerintah negeri itu kerana kerajaan pusat mempunyai ruang yang besar untuk membantu pembangunan Kelantan jika mahu.

Malangnya, dalam banyak isu, Kelantan sering dinafikan hak mendapat bantuan pusat hanya kerana kerajaan negeri dari parti politik yang berbeza.

Beliau memberi contoh pemberian bayaran royalti terhadap Kelantan yang sehingga kini dinafikan pusat.

Contoh lain termasuk juga isu pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai yang ditarik balik walaupun sudah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 sehingga kerajaan negeri terpaksa mengusahakan untuk membinanya sendiri.

"Kalau dia kata BN mahu kayakan pemimpin Umno dan kroni, itu kita percaya.

"Tapi kalau nak jadikan rakyat Kelantan harmoni dengan kekayaan yang nak dibawa, itu tak perlu sebut di Kelantan," katanya.

HD

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

  1. Muhyi ni kalu nok kelentong kat johor sudahlah! . Mu gi lah tipu rakyat johor hok boddo totok yang selama ni dok pangkah UMNO. Rakyat johor hok celik dan cerdik dah lama lari dari UMNO. PRU 13 ni, tengoklah bagaimana makin kurangnya rakyat johor yang nggo dan makin ramai dah sedar tentang kelentong UMNO.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive