Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Februari 25, 2013

3 Maut Kemalangan Bas Ekspress Di Bukit Tagar



IMG_7748
Km 420.2 Lebuhraya Plus
Bkt Tagar ,arah utara

25 Feb 2013

2.50 pg

Nama mangsa : Mohamad Zamri Abd Rani , 42 tahun , Felda Lubuk Merbau, Kuala Nerang Kedah.
Mohd Ainul Fauzi Mohd Aman, 25 tahun, Simpang Renggam
Seorang lagi masih belum dikenalpasti
IMG_7776
3 penumpang sebuah bas ekspress Pacific Express Super Coach ,maut setelah bas dinaiki terbabas dan melanggar besi pembahagi lebuhraya dan menembusi badan bas sebentar tadi.

IMG_7771
Mangsa yang maut merupakan penumpang bas – 2 lelaki dan seorang wanita manakala pemandu bas cedera parah.

IMG_7734
Seorang lagi mangsa, wanita, masih belum dapat dikenalpasti.

ondscene

BERITA PENUH:

KUALA LUMPUR: Tiga penumpang maut apabila bas yang mereka naiki terbabas dan melanggar pembahagi jalan berhampiran Plaza Tol Bukit Tagar, Hulu Selangor, Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) arah utara awal hari ini. 

Mereka yang maut dalam kemalangan pada jam 3.10 pagi itu ialah Mohd Zamri Rani, 42, berasal dari Kedah, Mohd Ainul Fauzi Mohd Aman, 25, dari Simpang Renggam, Johor Baharu dan seorang penumpang wanita yang belum dikenal pasti. 
Ketua Polis Derah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu bas berkenaan gagal mengawal kenderaan itu sebelum melanggar pembahagi jalan. 

"Bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju utara itu dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan mengakibatkan pembahagi jalan itu tertusuk ke dalam bas," katanya kepada Bernama di sini hari ini. 

Beliau berkata pemandu bas berkenaan cedera dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan, manakala 13 penumpang lain tidak cedera. - BERNAMA

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive