Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Februari 28, 2013

MACAI-MACAI UMNO MAI TENGOK NI



Kerajaan DAP Pulau Pinang Bertambah "Kejam" Luluskan Surau
Bernilai RM400 Ribu...

KETUA Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng pagi ini menyempurnakan majlis perletakan papan tanda asas pembinaan Surau Taman Ampang Jajar di Bagan.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, Kerajaan Negeri akan terus komited memartabatkan Islam di negeri berkenaan sebagaimana dijamin dalam Perlembagaan sungguhpun terpaksa mengena serangan fitnah oleh pembangkang Umno Barisan Nasional.

"Memang Kerajaan Negeri bertindak adil untuk semua. Kita, Kerajaan Negeri menerima Islam sebagai agama rasmi Pulau Pinang, selain, agama agama lain bebas diamalkan di negeri ini.

"Tetapi, Kerajaan Negeri tetap fitnah. Saya pun jadi mangsa fitnah, dua kali saman Utusan, dua-dua (kes saman fitnah) menang," ujar beliau dalam satu majlis, di sini.

Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Kassim, Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Utiliti Dan Pengangkutan) turut hadir pada majlis itu.

Hadir bersama, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Mohd. Salleh Man, Salahudin Nasir (Pegawai Agama Daerah Seberang Perai Utara), Abu Bakar Zin (Pengerusi Surau PPR Taman Ampang Jajar) dan Ahmad Farid Md. Arshad (Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai, MPSP).

Malik dan Salleh turut berucap Pada majlis tersebut.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, rakyat Pulau Pinang kini semakin bijak dengan kemudahan mengakses maklumat internet hatta tidak mudah terpengaruh oleh politik fitnah pembangkang.

Sebelum pada itu, Guan Eng mengumumkan peruntukan agama Islam RM400,000 untuk membina surau di atas sebidang tanah milik MAINPP yang berkeluasan 587 meter persegi, di sini.

Surau yang mampu menampung 150 Orang jemaah dalam satu-satu masa itu syarat siap dalam tempoh 12 bulan.

Sementara menunggu proses tender terbuka dilaksanakan sekarang, Guan Eng berkata, projek itu diharapkan bermula seawal Jun depan.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) diberi tanggungjawab menyelia projek murni yang akan dikendali oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).


9 ulasan:

  1. keh keh keh...mereka tutup mata sebelah...buat buta.

    BalasPadam
  2. umno bertambah meroyan lagi le panas panas umno bn haram jadah

    BalasPadam
  3. hang buat baik macam mana pun, di mata depa DAP/PR tetap tak baguih ...

    BalasPadam
  4. Puak2 sana tuu udah laa banggang,buta hati laa pulakkkk....

    BalasPadam
  5. mana pi macai2 umno xmenyalak ni?

    BalasPadam
  6. Aku berlakon jd macai bleh? DAP anti Islam! Hangpa jgn percaya lakonan depa!

    BalasPadam
  7. sebarkan kepada seluruh umat islam. umno menakut2kan orang melayu bahawa dap akan perintah malaysia dan cina akan berkuasa. sedarkan mereka bahawa dap hanya bertanding 50 daripada 222 kerusi parlimen. dap tidak mungkin menjadi teraju pemerintahan di malaysia. pucuk pimpinan tetap dikuasai orang melayu jika pakatan rakyat berjaya menumbangkan bn dlm pru 13 ini. beri amaran kpd pendatang asing yg dapat ic segara. keselamatan mereka tidak terjamin jika tertangkap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama3/3/13 12:06 PG

      Dihârp semua ahli umno insaf dan bébaskan dỉi dr pmimpin yg zalim,jgn menyesal d akhirat kelak.

      Padam
  8. GREEN TROOPER22/5/13 1:07 PG

    Tumpang bertanya..agak2 berita mcm ni blh keluar ka kat tv3 suku dan utusan meloya...(apa pula racau kazim elias..komunis bg bantuan buat surau...)

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive