Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Mac 01, 2013

Penurunan cukai import tiada kesan kepada harga kereta.



KUALA LUMPUR, 28 Feb — Pengumuman Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bahawa cukai import bagi kereta-kereta dari Jepun dan Australia akan diturunkan menjelang 2016 tidak membawa kesan kepada harga kereta, sebaliknya hanya menguntungkan golongan kaya, kata pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli.
"PKR beranggapan bahawa dasar sedia ada yang diamalkan oleh Umno dan Barisan Nasional digubal untuk menguntungkan golongan kaya. Cukai import dihapuskan untuk kereta-kereta import besar dan mahal yang hanya mampu dibeli oleh orang kaya.

"Dengan pengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri Mustapha Mohamad itu, ia hanya akan memberi kesan kepada sekitar 21,000 unit kereta setiap tahun kerana jumlah kereta import siap pasang (CBU) dari Jepun hanyalah sekitar 3.5 peratus dari jumlah jualan keseluruhan kenderaan (TIV).

"Jumlah kereta import dari Australia pula adalah terlalu kecil dan langsung tidak akan memberi kesan kepada harga kereta di negara itu," kata Rafizi dalam satu kenyataan yang dihantar hari ini.

Menurut Rafizi (gambar) lagi, ini bukanlah perkara baru dan adalah dasar sedia ada yang sudah pun diketahui umum.

"Perkara ini diulas dengan panjang lebar di dalam Laporan Kesatuan Eropah Mengenai Industri Automotif Malaysia bagi Januari 2012 (yang disertakan bersama), menunjukkan bahawa perkara ini sudah pun wujud sejak tahun 2012 lagi," katanya lagi.

Beliau menegaskan dengan pendirian PKR bahawa struktur cukai eksais yang perlu dirombak untuk menurunkan harga kereta, memandangkan cukai eksais (dicampur dengan cukai jualan) yang bermula setinggi 85% bagi kereta bersaiz bawah 1,800 cc dan mencecah 115% bagi kereta bersaiz atas 3,000 cc dikenakan ke atas setiap kereta tanpa mengira asal pengeluaran.

"Cukai inilah yang mencekik darah rakyat terutamanya golongan kelas bawahan yang membeli kereta-kereta keluaran tempatan. Mereka terpaksa membayar harga kereta sehingga dua kali ganda dari harga sebenar kerana cukai eksais yang dikenakan.

"Lebih penting, cukai eksais berada di dalam kawalan kerajaan persekutuan sepenuhnya tanpa perlu dirunding dengan mana-mana negara," kata Rafizi lagi.

Menurut Rafizi, PKR komited untuk menurunkan cukai eksais ini dalam tempoh lima tahun secara berperingkat dengan kadar penurunan 20 peratus setiap tahun. Menjelang tahun 2018, tidak ada lagi cukai eksais yang akan dikenakan ke atas kereta.

"Sekiranya Umno dan Barisan Nasional (BN) juga prihatin dengan nasib rakyat, wajarlah mereka juga menurunkan cukai eksais, bukannya bermain wayang seperti sekarang," kata Rafizi lagi.

Semalam, Putrajaya mengumumkan pemotongan cukai untuk kereta dari Jepun dan Australia, yang bermakna kesemuanya akan menjadi duti sifar selepas tiga tahun seperti negara-negara Asean.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed berkata pemotongan cukai ini akan bermula tiga tahun untuk kereta dari dua negara ini.

The Malaysian Insider difahamkan di dalam perjanjian perdagangan bebas Malaysia- Australia (FTA) yang bermula 1 Januari, Putrajaya komited pemotongan cukai dari 15 peratus pada 2013, 10 peratus 2014, 5 peratus pada 2015 dan tanpa duti pada 2016.

TMI

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama1/3/13 5:23 PTG

    Itu la depa KERAjaan BN ni..bila pakatan rakyat nk buat mcm2 depa kata..kerajaan buleh bankrup la.. itu la..ini la...
    Tapi kalu depa buat buleh la pulak..itu pun menipu rakyat..
    Memang dh dasar penipu...Wahai rakyat Malaysia, mai la kita pakat2 TUKAR..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive