Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Mac 11, 2013

Samseng Umno ‘buat kacau’ ibu pejabat KEADILAN, seorang cedera


PETALING JAYA 10 Mac: Hampir 30 samseng Umno membuat kecoh di hadapan ibu pejabat KEADILAN di Petaling Jaya petang tadi, menyebabkan seorang kakitangan cedera dan harta benda rosak.
549430_10151466616347512_1346932869_nKakitangan yang cedera, S Balakumaran berkata, lehernya terkena kayu, manakala dadanya dibaling batu dan telur.
“Pada mulanya, mereka bakar bendera parti. Kemudian, mereka patahkan kayu bendera dan baling sehingga terkena leher saya dan luka. Mereka juga baling telur dan batu ke arah dada saya,” katanya ketika dihubungi.
Beliau memaklumkan kekecohan yang bermula kira-kira jam 5 petang itu berlangsung selama sejam.
hqoecahSementara itu, Setiausaha Kerja Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Syed Badli Shah Syed Othman menyelar perbuatan samseng berkenaan yang menyebabkan kerosakan beberapa kemudahan.
“Mereka buat kecoh dan baling telur, batu dan kayu. Kira-kira 4 kakitangan ibu pejabat terkena telur. Logo parti di pintu utama pecah dan tiang tempat letak kereta Setiausaha Agung KEADILAN (Datuk Saifuddin Nasution Ismail) patah,” katanya.
hqtelurKatanya lagi, turut kelihatan bersama samseng itu adalah Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin dan Yang DiPertua GAPS Shah Alam, Wan Indra Putra Ahmad.
Katanya, mereka mendakwa kononnya datang untuk membantah kenyataan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berhubung pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu.
KEADILAN membuat laporan di Balai Polis Tropicana, Petaling Jaya berhubung insiden itu. -RM

KD


6 ulasan:

  1. aku bukan awie11/3/13 7:56 PTG

    Bagus!! teruskan menyerang PR. Tunjukkan betapa rasisnya parti melayu umno. lagi ramai menyerang,lagi ramai kaum lain sokong PR.

    kita terima berita ni sebagai tolong kempen free utk PR :)

    BalasPadam
  2. Yg p serang pej keadilan buat Apa..CARI TIAN CHUA kerjakan DIA...kadang2 PUAK UMNO ni pun...ada juga yg guna kpala lutut...adussss... CARI TIAN CHUA tu

    BalasPadam
  3. Nak report kat polis macam mana kalau polis pun ante tidak percaya! Bukan salah ibu mengandung!

    BalasPadam
  4. Satu peluru di hantar isreal kepada umat Islam Palestin? Lihat sini

    BalasPadam
  5. Puak2 lembu umno sekarang ni kepanasan bontot sebab dia orang tahu dia orang akan kalah teruk dlm PRU-13 nanti.

    Tak senang duduk beb.....
    Mana mau cari makan lepas ni.
    Sekarang ni makan dia orangpun umno yang suap. Kalah uno mau syuru macam mana? Tu yg mengamuk tu.....
    Biarkan lah...kita tengok aja kelaku lembu2 bangang tu.

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama12/3/13 7:13 PG

    budak tak lulus PMR. Tambah benci tengok UMNO.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive