Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Mac 02, 2013

VIDEO Mat-mat Motor dibayar RM15 untuk meramaikan majlis Muhyiddin


















Dah jadi budaya UMNO nampaknya ini.. kerana yang menyokong mereka semakin berkurangan, terpaksalah dikeluarkan upah kepada remaja-remaja untuk meramaikan apa saja majlis mereka..

Dalam hal ini untuk meramaikan hadirin dalam majlis Muhyiddin di Kelantan, mereka terpaksa membayar upah kepada Mat Motor..

Tetapi upahnya lebih kurang dari kebiasaan yang diberikan oleh UMNO kepada hadirin upahan mereka iaitu RM50, disini hanya RM15 diberikan kepada Mat-mat Motor itu..

Berapa lapis punya filter ni?.. pakat makan sorang sikit ke?

Tapi.. duit siapa yang diedarkan tu?? Duit Muhyiddin ke atau duit siapa?

Ini laporan dari Bernama..


KOTA BAHARU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini untuk mengadakan lawatan sehari di Kelantan.

Muhyiddin yang ditemani isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman tiba pada pukul 9.35 pagi dan disambut Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussin, Pengerusi MIC negeri M. Kuppusamy dan Timbalan Pengerusi MCA Kelantan Tan Ken Ten serta barisan kepimpinan komponen Barisan Nasional Kelantan.

Sejurus tiba, Muhyiddin dan isteri menghadiri majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan di Tunjong di sini.

Muhyiddin kemudian akan menunaikan solat Jumaat bersama penduduk di Masjid Aril, Melor di sini, diikuti menghadiri jamuan rakyat di Masjid Kampung Tegayung juga di Melor pada pukul 2.20 petang.

Timbalan Perdana Menteri dan isteri kemudian akan menghadiri Himpunan Anak Muda Kelantan di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan di Tanjung Chat di sini pada pukul 3.50 petang yang dijangka dihadiri kira-kira 20,000 orang terdiri daripada anggota badan bukan kerajaan di negeri ini.

Muhyiddin dan isteri dijadual berlepas pulang ke ibu negara pada pukul 5.30 petang. BERNAMA

Ini video Mat-mat Motor itu dibayar...




darisungaiderhaka



KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive