Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Mac 14, 2013

BONGKAR RM403 JUTA DI KEDAH



SAMM Kedah Bersama Jelajah BONGKAR 403J

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kedah akan bersama sekretariat BONGKAR 403J dalam program penerangan berbentuk jelajah besar-besaran seluruh negeri Kedah.

Turut didedah beberapa projek 'sakit' kerajaan negeri Kedah pimpinan BN zaman sebelum 2008 yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri pimpinan PR sekarang.

BONGKAR 403J dilancarkan secara rasmi pada 7 Februari bertempat di Pusat Khidmat Rakyat DUN Bakar Bata, Taman Wira, Mergong, Alor Setar, Kedah. Beberapa aktiviti Bongkar 403 Juta telah dirangka antaranya siri jelajah ceramah, jelajah ke pasar tani, pasar malam serta tempat-tempat awam, forum, dan juga konvoi anak muda.

403 Juta

Terdapat kira-kira 11 projek utama yang melibatkan kehilangan serta kerugian wang yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri Kedah pimpinan PR sekarang. Namun masih terdapat beberapa lagi projek 'gagal' dan 'sakit' yang tidak termasuk dalam anggaran ini yang diketahui kalah dalam tindakan mahkamah sejurus selepas NGO ini dilancarkan.

Sesi taklimat tertutup pertama telah dijalankan pada Februari di tempat yang dirahsiakan bersama penceramah-penceramah khas yang dilantik oleh sekretariat Bongkar 403 Juta. Tujuan taklimat ini diadakan adalah supaya para penceramah dapat memahami serta menghadam setiap daripada 11 projek serta beberapa projek-projek 'sakit' dan 'gagal' yang lain semasa zaman pemerintahan BN Kedah sebelum 2008.

Pada tarikh 16 Mac ini jam 2 hingga 5 petang, satu program perdana 'Himpunan Kebangkitan Rakyat B403J' akan berlangsung di Star Walk Alor Setar yang membabitkan semua Adun Pakatan Rakyat negeri Kedah dan turut hadir antaranya ialah YB Saifudin Nasution, YB Firdaus Jaafar, YB Saiful Izham dan juga Ketua Penyelaras SAMM Chegubard.

SAMM Kedah akan turut serta memberi bantuan logistik dan mobilisasi untuk menjayakan jelajah BONGKAR 403J turut mendesak Barisan Nasional membayar balik penyelewengan yang dilakukan.

Sekian,

Miqhdad Bin Shukri (MQ)
Penyelaras Bersama SAMM Kedah




KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive