Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Mac 12, 2013

Tian Chua mulakan saman pada blog pro-Umno


Naib Presiden PKR Tian Chua memulakan tindakan undang-undang terhadap penulis blog pro-Umno Papagomo atas dakwaan memfitnahnya dalam artikel berhubung Op Daulat di Sabah.

Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang berkata, "serangan bertubi-tubi" media dan penulis blog pro-Umno, terutamanya Papagomo menyebabkan beliau mendapat ancaman dan ugutan terhadap keselamatannya.

"Tuduhan menghina pasukan keselamatan adalah suatu fitnah dan pembohongan semata-mata.

"Untuk menjelaskan sekali lagi saya tidak pernah menghina pasukan keselamatan dan tugas mereka, saya telah membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang," katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Chua juga berkata, penulis blog seperti Papagomo harus mengambil iktibar daripada tindakan itu dan berhenti menerbitkan artikel-artikel fitnah tanpa asas atau bukti.

Anggota parlimen Batu itu juga sebelum ini dalam laman Twitter menulis, beliau sudah mengarahkan peguamnya menghantar surat tuntutan itu kepada Papagomo hari ini.

Chua sebelum ini menafikan pernah menyifatkan komando polis sebagai "mati katak" dalam ceramah di Puchong. Bahkan, katanya, ketika kejadian itu beliau berada di Johor.


MK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive