Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Februari 15, 2013

BN hidu ‘ajal’ mereka: Kroni dapat projek lebih RM20 bilion

KUALA LUMPUR, 15 FEB: Anugerah kontrak pelbagai projek mega dan penswastaan bernilai lebih RM20 bilion oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada kelompok tertentu menguatkan lagi spekulasi parti pemerintah itu akan “menemui ajalnya” pada pilihan raya umum akan datang.

“Kebarangkalian besar Pakatan Rakyat (PR) akan menjadi Kerajaan Persekutuan bukan sesuatu yang mustahil,” demikian kata Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua.

Rasional ini dijelaskan lagi dengan penangguhan beberapa kali Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana takut BN akan hilang mandat memerintah.

“Namun yang jelas, pilihan raya yang ditangguh ini nampaknya memberi keuntungan kepada kerajaan BN apabila tawaran projek penswastaan dianugerah kepada pihak yang menjadi pilihan mereka,” jelas beliau.

Pua berkata, terbaru yang mengejutkan ialah anugerah konsesi oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebanyak RM1.55 bilion untuk projek penswastaan Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) secara runding terus kepada Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB) pada Rabu, baru-baru ini.

“Tempoh konsesi ialah selama 50 tahun dan merupakan lebuhraya kedua terpanjang dalam sejarah Malaysia. Apa yang menjadi persoalan lain, bagaimana kontrak kerajaan itu boleh membabitkan pemberian pinjaman mudah sebanyak RM635 juta kepada AZRB?

“Lagi pun, kerajaan telah mengeluarkan pinjaman hampir separuh daripada jumlah modal untuk membina lebuhraya itu, kenapa mahu diswastakan pula?” tanya Pua.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, kebimbangan paling besar ialah tawaran kontrak itu dikeluarkan sendiri oleh JPM.

“Empat minggu lalu pula, satu lagi rekod tercipta. Sebanyak RM5.2 bilion dimuktamadkan bagi projek konsesi dengan tempoh 60 tahun untuk pembinaan Lebuhraya Pantai Barat oleh Kumpulan Europlus.

“Selain mendapat pinjaman mudah sebanyak RM2.24 bilion, kerajaan juga menanggung kos pengambilalihan tanah sebanyak RM980 juta,” jelas Pua.

Sehubungan itu, beliau turut menjelaskan pada awal tahun lalu, kerajaan BN juga menganugerahkan projek Lebuhraya Kinrara Damansara (KIDEX) bernilai RM2.2 bilion kepada syarikat yang mempunyai hubungan dengan peguam UMNO, Datuk Hafarizam Harun dan mantan Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi yang juga bekas Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO.

“Pada November tahun lalu, kerajaan BN juga memberi anugerah kontrak bernilai RM19.8 bilion kepada MRT Corp dan hanya minggu lalu sebelum cuti Tahun Baru Cina, lagi RM322 juta kontrak diberi,” kata beliau.

Tidak terhenti di situ, kerakusan kerajaan BN menganugerahkan projek kepada kroni mereka bukan lagi satu rahsia.

Menurut Pua, pada Ogos tahun lalu, kontroversi timbul apabila Najib menganugerahkan kontrak bernilai RM1.2 bilion untuk projek sambungan LRT Ampang kepada sebuah syarikat pembuatan meter air, George Kent Bhd.

“Sebulan kemudian, satu lagi kontrak bernilai RM1.33 bilion dianugerah kepada MRCB bagi kerja lain pada landasan LRT yang sama,” kata beliau.

Menyimpulkan keadaan yang berlaku, Pua berkata, tindakan menganugerahkan projek itu secara besar-besaran di antara tempoh 12 bulan ini menandakan BN sudah menghidu kekalahan yang mungkin dialami mereka.

“Perkara keduanya, ini menunjukkan BN amat terdesak untuk mendapatkan dana dari kroni mereka sendiri demi menentukan “hidup mati” survival politik mereka.

“Kali ini semua pihak menjangkakan Malaysia akan berhadapan dengan pilihan raya umum terkotor dalam sejarah. BN akan lakukan apa saja untuk “membeli” kemenangan buat mereka,” jelas beliau.-Roketkini.com



KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive