Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Februari 08, 2013

Kubu BN di Felda mulai roboh


BN boleh buat apa sahaja di Felda tanpa sebarang halangan. Aktiviti mereka mendapat kerjasama sepenuhnya dari pengurusan Felda. Bahkan, saya punya bukti, felda luluskan bajet untuk program politik Umno di Felda!

Waktu ini bendera BN dinaikkan sebanyak2nya di seluruh pelusuk Felda. Bukan setakat di jalan utama, tapi, sehingga ke lorong jalan perumahan dan di rumah peneroka. Petugas Umno tidak minta izin pun nak naikkan bendera BN di halaman rumah peneroka!

Namun, suasana berbeza kepada Pakatan Rakyat. Pengurus Felda arah turunkan bendera PAS dan PR. JKKK di gugusan Lokheng umpamanya, tidak benarkan buat sebarang aktiviti pembangkang sehingga lepas pilihanraya!

Ceramah disekat. Bayangkan, pengurusan Felda, JKKK, Relda, Felsco bergabung dengan samseng Umno seawal petang buat roadblock di jalan utama masuk felda untuk halang penceramah dan orang awam ke tempat ceramah.

Di Felda Sg Tengi, samseng Umno paksa pemandu kenderaan buka bonet. Bila disoal, untuk apa buka bonet?
Kata mereka, mungkin Mazlan Aliman menyorok dalam bonet kereta!!!!

Di Felda Teloi Timur, Sik; Polis nasihatkan jangan halang PR dan ANAK nak masuk Felda. Ia hak dalam Perlembagaan Persekutuan. OCPD minta buka laluan. Samseng Umno tidak peduli. Mereka angkuh, bahkan ada samseng mereka ; selamba aje berteriak...... di Felda, kami lebih berkuasa dari polis!

Sesungguhnya, gelagat tidak bertamadun ini akan memusnahkan kepercayaan masyarakat Felda kepada BN. Tindak tanduk dan akhlak samseng Umno akan memakan diri mereka sendiri.

Di ketika mereka seperti hilang aqal, terjerit2 sambil memaki hamun, Alhamdulillah penyokong PAS dan PR tetap sabar. Hanya berzikir, memohon pertolongan Allah.....

Mungkin samseng Umno puashati berjaya menyekat ceramah. Itulah yg dilakukan puak Abu Jahal dan sekutu2nya di zaman Nabi SAW. Namun, adakah mereka boleh menyekat rakyat dari menyokong PAS dan PR?

Sebagaimana Islam terus berkembang walau disekat dan dihalang, inshaAllah, masyarakat Felda bukan pak turut kepada samseng Umno yg bersekongkol menyekat PAS dan PR dari memasuki Felda. Hanya segelintir sahaja yang berbuat demikian. Sebahagian besar adalah samseng jalanan dari luar yang mendapat upah menimbulkan situasi tegang. Mereka sengaja mengumpan penyokong PR untuk beradu kekuatan.

InshaAllah, PRU 13, pengundi Felda khususnya anak muda akan ' mengajar BN '. Samseng Umno boleh teruskan aksi dan akhlak buruk mereka.

Kita bukan bacul, meskipun dizalimi. Kesabaran menghadapi mehnah adalah bukti kemanisan iman, yang mendekatkan kita dengan kemenangan.

Yakinlah, semakin ganas samseng Umno, kian dekat BN dikuburkan!

FB Mazlan Aliman


KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive