Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Februari 23, 2013

AES: SELANGOR AKAN FAIL RAYUAN

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor akan mengarahkan Majlis Perbandaran Sepang (MPS) memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di dua lokasi di negeri itu.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim Khalid berkata, Kerajaan Persekutuan seolah-olah mengenepikan kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terhadap struktur yang dibina di atas jalan persekutuan.

“Kerajaan negeri melihat perkara ini amat serius dan merangka beberapa tindakan susulan termasuk mengarahkan kamar Penasihat Undang-undang Negeri Selangor dan Jabatan Undang-undang Majlis Perbandaran Sepang untuk menyemak nota kehakiman dan memfailkan rayuan.

“Kerajaan negeri kesal dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa PBT tidak mempunyai kuasa terhadap struktur yang dibina di atas jalan persekutuan,” katanya dipetik Selangorku.

Semalam, Hakim Datuk Zaleha Yusuf memutuskan Majlis Perbandaran Sepang tidak mempunyai kuasa ke atas Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Beliau turut membenarkan syarikat pengendali kamera AES, Beta Tegap Sdn Bhd memasang kamera tersebut di dua lebuh raya itu.
Beliau memberi alasan Plus dan SKVE berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan bukan kerajaan negeri.

Dalam perkembangan berkaitan, Khalid akan mengarahkan Unit Perancangan Ekonomi Selangor merancang pembangunan lebuh raya bagi kemudahan rakyat.

“Kerajaan negeri mengarahkan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Selangor untuk menyediakan senarai cadangan pembangunan Persekutuan sama ada lebuh raya atau Prasarana Transit Aliran Ringan (LRT) untuk disemak semula oleh Majlis Kerajaan Negeri bagi memastikan kepentingan rakyat Selangor dan kerajaan negeri terjamin,” katanya.

kl-today


1 ulasan:

  1. Tanpa Nama5/3/13 12:51 PG

    Takpe Tansri,PR 13,kita menang,kita ada kuasa nanti.InsyaAllah.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive