Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Februari 05, 2013

PR menang besar PRU13


IPOH - Pakatan Rakyat (PR) dijangka akan memperoleh 145 kerusi Parlimen berbanding hanya 77 untuk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ramalan itu dibuat Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang menyenaraikan kebarangkalian keputusan PRU13 di dalam Twitternya kelmarin.

Menurutnya, PR Selangor bakal memenangi kerusi Parlimen paling banyak iaitu 20 kerusi diikuti Perak dengan 18 kerusi.

Melalui senarai berkenaan, hampir kesemua negeri di Semenjung akan dikuasai oleh PR kecuali Johor, Perlis, Pahang, Melaka dan kerusi Parlimen Putrajaya kekal milik BN.

Bagi kawasan Malaysia Timur, Sarawak akan menjadi milik PR dengan jumlah kerusi dimenangi sebanyak 16 berbanding 15 milik BN manakala Sabah kekal diterajui BN dengan perbezaan satu kerusi daripada 25 kerusi yang dipertandingkan selain Labuan.

Terengganu pula menyaksikan PR dan BN mempunyai kekuatan seimbang selepas Nizar meramalkan PR dan BN masing-masing memperoleh empat kerusi daripada lapan kerusi yang dipertandingkan.

Dalam kenyataan di Twitternya, kelmarin, Mohammad Nizar menjelaskan kebarangkalian kemenangan itu dikaitkan dengan beberapa faktor seperti keangkuhan dan ketuannan Melayu yang dipercayai merujuk kepada Umno dan BN.

“Apabila kemarahan rakyat terhadapnya telah memuncak maka kejatuhannya tidak dapat dipertahankan lagi. Buatlah apa sekalipun,” katanya.


SH


5 ulasan:

  1. Mohon Allah kabulkan cita-cita dan hajat rakyat!

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama5/2/13 2:22 PTG

    data atas tu di blog Tuan Arif Sabri (Sakmongkol) dh dipaparkan dahulu.. bg lah credit kat dia, Nizar..

    komen sy:- data tu betul hanya jika pilihanraya dilakukan secara adil.. masalahnya adilkah SPR?

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama6/2/13 8:57 PTG

    Hdup pr, lwn tetap lwn, takbir.....nawaitu yg jujur dn ikhlas dh semestinya dkabulkn,

    BalasPadam
  4. DARIPADA STATISTIK YG SY BUAT SENDIRI, PR AKAN KUASAI DALAM LINGKUNGAN 125 KERUSI PARLIMEN. SELAGI PR BERSATU, IN SYA ALLAH, PR AKAN LANGKAH BERGAYA KE PUTRAJAYA. RATA2 RAKYAT MALAYSIA INGIN LIHAT PEMBAHARUAN DLM PEMERINTAHAN DI MALAYSIA. HARAP UMNO/BN DAPAT TERIMA KEKALAHAN DGN HATI YG TERBUKA SEPERTI MANA PARTI LAWAN TERIMA KEKALAHAN SELAMA INI. TIADA GUNA UNTUK BIAR UMNO TERUS BERKUASA KERANA RASUAH AMAT MEMBARAH DALAM PARTI YG SUDAH TIDAK ADA LAGI YG CERDIK SERTA BUSUK SAMPAI KE USUS INI (SY PETIK KATA2 MAMAK KUTTY)

    BalasPadam
  5. sy mau kan pr....

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive