Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Februari 19, 2013

Gempar!!! Beruang, kuda mati diracun di Zoo Melaka



MELAKA — Beruang Matahari dan kuda lumba spesis ”Thoroughbred” ditemui mati disyaki diracun melalui makanan di Zoo Melaka dan Safari Malam di sini.

Pegawai Veterina zoo tersebut, Dr. Zubaidah Kamarudin berkata, beruang betina berusia antara 14 sehingga 16 tahun itu ditemui mati pada pukul 5 petang semalam sementara kuda lumba yang diberi nama Basket, 17, ditemui mati pada kira-kira pukul 7 pagi tadi.

Beliau berkata, dalam kejadian pertama semalam, beruang itu dilaporkan dalam keadaan pelik oleh pelawat yang mengunjungi zoo tersebut.

"Apabila penjaga haiwan dan penyelia zoo tiba di kandang menempatkan beruang itu, ia masih hidup tetapi mengalami sawan, air liur meleleh dan cirit-birit sebelum mati dalam masa yang singkat kira-kira lima minit,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di zoo tersebut hari ini.

Beliau berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan pada pukul 8 malam tadi, beruang yang dijaga sejak tahun 2000 itu mati disebabkan makan pisang yang disyaki mengandungi sejenis serbuk racun.

Katanya, kematian tersebut terlalu cepat berpunca daripada kerosakan saluran makanan yang teruk.

Dr. Zubaidah berkata, dalam kejadian kedua, Basket ditemui mati dalam keadaan rebah di kandangnya pada pukul 7 pagi tadi dan bedah siasat akan dijalankan hari ini.

Beliau berkata, pihak zoo turut menjumpai sebungkus beg plastik yang mengandungi buah limau, pisang dan tebu; dipercayai telah dimasukkan sejenis serbuk racun di kandang haiwan Cimpanzi.

Katanya, bagaimanapun buah-buahan yang dipercayai dibawa dari luar itu tidak dimakan Cimpanzi tersebut.

"Kita syak ia adalah perbuatan sabotaj kerana selalunya haiwan di sini diberi makan selepas pukul 5.30 petang namun kejadian yang berlaku sebelum ia diberi makan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, sampel makanan yang ditemui dalam kedua-dua perut haiwan tersebut dan serbuk dalam buah-buahan itu akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk mengetahui jenis racun yang digunakan. — BERNAMA



KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive