Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Februari 18, 2013

GAMBAR BANJIR KILAT DI IOI MALL PUCHONG


PUCHONG 18/2/13: Hujan lebat sejak jam 4 petang tadi menyebabkan banjir kilat di sekitar Puchong mengakibatkan kenderaan terperangkap di Lebuhraya Damansara Puchong berhadapan pusat membeli belah, IOI Mall.

Menurut peniaga di pusat membeli-belah terbabit, hujan lebat menyebabkan paras air naik hingga memasuki bahagian bawah IOI Mall.

“Air naik sekitar satu inci didalam Mall, tetapi keadaan kini semakin pulih dan pekerja sedang membersihkan lantai,” katanya ketika dihubungi ABN news.

Foto yang dirakam beberapa pengunjung di pusat membeli-belah terbabit turut menunjukkan air naik di kawasan parkir menyebabkan beberapa kenderaan tenggelam.

Selain itu, beberapa kenderaan turut dirakam tenggelam di LDP.

Banjir kilat menyebabkan kesesakan lalulintas di kedua-dua arah iaitu ke Sunway serta Subang Jaya dan Puchong Perdana.

                                                                           






















3 ulasan:

  1. kat area tu penuh kaw arak, judi, kedai babi...peringatan untuk umat islam kawasan tu.

    #BANkami


    BalasPadam
  2. Tanpa Nama8/8/13 8:25 PTG

    Salam kawan. Biar manis bila berbicara salah bicara mmg cari bahaya. Selidik dulu sebelum berkata kata. Sini (puchong) majoriti cina. Tentu lah ada nya kedai arak atau benda benda lain. Yg control puchong pun DAP. Tentulah ada semua kedai arak kedai babi. Apa tempat kau tak de kedai arak? Takde kedai bai?

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama9/3/14 9:52 PTG

    Ada apa dgn DAP?...nothing

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive