Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, April 20, 2013

BERITA PANAS!!! GAMBAR DUA SAKSI TERBIT VIDEO LUCAH KLON ANWAR YANG DITAHAN POLIS




BERITA ini dipetik daripada keadilandaily. Difahamkan pada waktu ini laman sesawang rasmi Keadilandaily mengalami serangan ddos dan tidak dapat diakses.

Wakil Sekretariat Pakatan Rakyat, Shabrimie Sidek ditahan polis bersama dua saksi yang mahu mendedahkan penerbitan video fitnah lucah.

Mereka ditahan di sekitar sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, sebentar tadi.

Dua saksi terlibat dalam pembikinan video lucah berkenaan tetapi berpaling tadah dan sedia membuat pendedahan sebenar.

Calon Dewan Undangan Negeri N21 Sg Acheh, Pulau Pinang, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard memaklumkan kepada Keadilandaily, tangkapan dibuat selepas Shabrimie dan dua saksi itu sudah melepasi pemeriksaan Imigresen di Bukit Kayu Hitam.

"Ini adalah tangkapan bermotif politik," kata Chegu Bard.

Menurut Chegu Bard, dua saksi tersebut bakal tampil di program KEADILAN di An-Nahdhoh, Kubang Semang, Permatang Pauh malam ini, dan akan membuat pendedahan terbuka berhubung penglibatan mereka dalam pembikinan video tersebut.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dijangka turut menyampaikan ucapan.

Keadilan Daily sedang mengikuti perkembangan terkini berhubung tangkapan tersebut.

milosuam

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

1 ulasan:

  1. Apsal gambar tak terang. Benda sepenting ini sepatutnya gambar wajib diambil sesempurna mungkin.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive