Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, April 16, 2013

RAKYAT MALAYSIA JANGAN TERTIPU


DS Anwar Ibrahim yang terawal memukul gendang perang PRU13 dengan mengumumkan calon-calon yang bakal mewakili PKR disetiap ceramah yang beliau hadiri. Diikuti dengan PAS yang menggunakan TG DS Hadi Awang dan juga Pesuruhjaya PAS Negeri dan akhir sekali DAP melalui senarai media.

Tidak dinafikan bahawa strategi pengumuman awal calon ini memberi impak besar kepada BN kerana setiap calon yang diumumkan mempunyai kekuatan dan personaliti yang tersendiri. Bila diumumkan Husam bakal bertanding di Putrajaya, riuh rendah puak BN dalam mengenal pasti calon yang bakal berhadapan dengan Husam di Putrajaya kerana Husam dikenali sebagai salah seorang Panglima dalam Pakatan Rakyat.

Dalam keseronokan PKR, PAS dan DAP mengumumkan calon-calon mereka, kita dikejutkan dengan pengumuman terdapat kerusi-kerusi yang bakal ditandingi oleh dua calon dari PR. Baik PKR melawan PAS atau DAP melawan PKR atau PAS melawan DAP dan tidak ketinggalan juga Parti PSM dan kumpulan Mahasiswa juga bakal bertarung sesama sendiri.

Apakah DS Anwar, TG Haji Hadi dan Lim Kit Siang tidak mampu untuk merealisasikan impian rakyat Malaysia untuk pertandingan satu lawan satu disemua kerusi yang dipertandingkan?

Sebenarnya masaalah ini telah berlaku sejak dari PRU ke10 yang mana perebutan kerusi sentiasa berlaku dikalangan parti-parti yang bertanding walau pun mereka membentuk sebuah pakatan bagi menentang BN.

Penyelesaian adalah mudah jika pimpinan atasan dapat berfikir dengan waras dan tetap dengan matlamat utama untuk menjatuhkan BN. Sebagai contoh, jika kawasan itu sememangnya mempunyai kekuatan jentera parti PAS maka berikan kerusi tersebut kepada PAS dan begitu juga dengan PKR dan juga DAP. Sekiranya parti tetap mahukan kerusi tersebut selepas pembahagian dijalankan seperti sebelum ini, maka biarkan kerusi tersebut menjadi milik parti tersebut tetapi calonnya pula boleh dipilih dari Parti yang mempunyai kekuatan jentera dengan menggunakan lambang. Ini pernah dilakukan dibeberapa kerusi sebelum ini dan hasilnya semua jentera akan berkerja sama.

Kita tidak dapat menafikan bahawa sekiranya PAS atau PKR atau DAP bertanding bersendirian, tidak ada langsung kekuatan untuk menentang BN.

Sekiranya masih lagi berlaku pertandingan sesame sendiri pada PRU 13 ini, saya menyeru para penyokong PR supaya memboikot kerusi tersebut dengan tidak perlu keluar mengundi. Bukan kita nak sabotaj kepada parti tetapi kita tidak mahu diperbodohkan oleh sifat tamak parti-parti tersebut. Jika pertandingan diantara Parti dengan calon yang tidak diperkenankan oleh Parti dengan memegang lambang bebas, pastikan undi kita kepada calon pilihan parti. Cara itu akan memungkinkan kita memenangi kerusi tersebut.

Semalam, Najib memberi watikah kepada ketua perhubungan BN negeri senarai calon-calon yang bakal bertanding. Dengan alasan mengikut kehendak rakyat, Najib kononnnya telah meletak ramai muka-mula baru sebagai calon untuk PRU ini. Beberapa muka expire seperti Chua Soi Lek, Koh Tsu Koon dan ramai lagi tidak terpilih tetapi menyatakankan bahawa mereka memberi jalan kepada barisan muda.

Saya sama sekali tidak mempercayai barisan yang di pilih oleh Najib kerana telah berapa tahun kita melihat BN melantik orang yang kalah dan bahkan tidak bertanding menjadi Menteri Kabinet. Sharizat Jalil kalah dilantik sebagai Menteri. Masitah kalah dilantik sebagai Menteri. Jamil Khir tak bertanding dilantik sebagai Menteri. Raja Nong Cik tak bertanding dilantik sebagai Menteri. Jadi apa jaminan jika BN menang nanti, nama-nama yang kononnya digugurkan ini tidak akan dilantik menjadi Menteri. Sudah kebiasaan kepada PM BN bercakap dengan double meaning.

Dulu semasa pilihanraya kecil Telok Kemang, BN berjanji tidak akan menaikkan kadar tol seremban ke PD. Bila menang saja terus naikkan kadar tol tersebut sampai sekarang. Dulu cakap lepas pilihanraya, harga minyak takkan naik, lepas pilihanraya harga minyak naik.

Sekarang Najib janji kalau menang BR1M akan naik jadi RM1,200. Kalau ikut tradisi lama, BR1M mungkin ada atau tidak belum tau lagi. Tapi yang pasti TOL, Minyak dan Gas serta pelbagai cukai akan dinaikkan.

Saya sebenarnya amat tertarik dengan manifesto PR yang banyak menjanjikan penjimatan dengan penghapusan TOL, pendidikan percuma, kereta murah dan pelbagai lagi. Tetapi saya tahu untuk menghapuskan TOL, kerajaan PR (sekiranya memerintah) perlu mengambil masa untuk meneliti perjanjian konsesi sebelum dapat diterjemahkan kepada perlaksanaan. Begitu juga dengan pemansuhan PTPTN dan lain-lain lagi. TETAPI penurunan harga minyak yang akan dilakukan pada 7hb Mei jika PR memerintah boleh dilakukan kerana kuasa untuk menurunkan harga minyak terletak kepada Perdana Menteri. Ini adalah satu-satunya tindakan realistik yang boleh dilakukan oleh PM Pakatan Rakyat sekiranya menang pada PRU nanti. Diharap penurunan harga minyak ini akan memberi impak besar kepada harga barangan kerana semua mengetahui bahawa kos minyak yang tinggilah yang menjadi punca kenaikkan kos barangan harian kerana ia melibatkan kos pengankutan. Diharap dengan penurunan harga minyak ini, para pembekal akan membantu kerajaan PR dengan menurunkan harga barangan keperluan asas. Jika ini berlaku, insyaalah rakyat Malaysia akan menghormati kerajaan baru yang lebih dinamik.

Diakhir kalam, ingatlah pada 5hb Mei nanti jika anda inginkan harga minyak diturunkan pada 7hb. Mei, pastikan anda mengundi calon PR. Jika kerusi bertindih, lebih baik duduk dirumah bersama keluarga….

DD

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

2 ulasan:

  1. kalau pr menang nnti, kita tgok mcai bn nak buat macmna.. kita boleh kenal mrk sbb diorg akan mntak tol & minyak ikut harga lama

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive